Sekiranya sesiapa tidak berpuashati dalam isi kandungan blog ini silalah layari blog lain...Tolong jangan gunakan ayat ' I change my mode' akibat marah dan melenting dengan isu yang dibangkitkan...Untuk makluman, Peze didalam blog ini adalah mamat yang poyo lagi skema dari haluan kiri...Haluan bodek membodek bukan kat sini...Kalau tak puas hati jugak buatlah blog sendiri...

Sabtu, 31 Mac 2012

Selamat Tinggal Kawan....



Aku copy and paste dari blog tukar tiub....

WASPADA! SANTAU RADIO AKTIF MULA MEMBUNUH


KASEH IBU- KASEH SEPANJANG ZAMAN









BUKIT MERAH : ANAK LAI KWAN MENINGGAL DUNIA
 - merdeka review

Tatkala isu kilang pemprosesan nadir bumi Lynas hangat diperbincangkan, Cheah Kok Leong, 29, anak yang terencat akalnya sejak dilahirkan di Bukit Merah, telah meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 9.30 malam, tadi. Tubuh Cheah didapati menggetar kerana sakit sejak dua hari lalu, dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Cheah Kok Leong ialah anak kepada Lai Kwan, pekerja pembinaan di sebelah kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth pada tahun 1982. Lai Kwan mengandung ketika bekerja di sebelah kilang Asian Rare Earth, dan melahirkan Cheah Kok Leong pada tahun 1983.

Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat telah mengesahkan berita ini kepada MerdekaReview ketika dihubungi.

BACA DI SINI:



ADUH ! DERITA YANG KAU ALAMI


SELAMAT JALAN CHEAH KOK LEONG

tadi aku terbaca berita
yang kau telah mati
entah berapa kali
aku telah menggunakan gambar kau
entah berapa kali
tanpa kebenaran
aku telah mengunakan gambar emak kamu

jika ini satu kesalahan
jika ini satu dosa
maka berdosalah aku sepanjang zaman

aku tidak tahu bila kau lahir
aku tidak pernah berpesta dihari kelahiran kamu
aku tidak tahu di mana rumah kamu
aku tidak pernah sampai ke daerah kamu
aku tidak tahu siapa abang ayah dan kakak kamu

aku hanya saorang penciplak
aku hanya saorang pencuri
aku pencuri diakhir zaman
aku pencuri sebelum ledakan itu sampai
akulah pencuri yang ingin memberi ingatan
akulah penciplak yang ingin memberi amaran
tentang santau
tentang racun
tentang radio aktif

bila kau lahir
kau tidak tahu dunia ini
bila kau lahir
kau tak tahu
rasa nikmat secangkir kopi
kau tidak terhidu bau durian

jika pun kau tahu
kau tidak berupaya memberi tahu

cheah kok liong
apakah kau tahu itu nama kamu
apakah kau mendengar bunyi nama kamu
apakah kau pernah sedar betapa indahnya dunia ini

lalu kau mati
lalu kau hilang
lalu kau bawa segala derita
dua puluh sembilan tahun
kau pikul derita hidup
dua puluh sembilan tahun dunia ini kau layari

aku hanya menitiskan air mata
ianya tidak mengalir seperti titisan dari ibumu
ianya tidak memanjang seperti kesedihan keluarga kamu
ianya tidak lumrah seperti seperti kesediahn tetangga kamu

aku hanya menumpang sedih
aku hanya seorang pencuri
yang cuba menumpang sedih

lalu kau mati

dengan nama zeus
dengan nama yahwe
dengan nama krishna
dengan nama vishnu
dengan nama allah
dengan nama yang maha esa
dengan segala nama tuhan dalam alam ini
kau akan bersama dewa dewa
kau akan akan ke kayangan

dari detik kau dilahirkan
hingga kau mati
kau tidak pernah bertutur kasar
kau tidak pernah mungkir janji
kau tidak pernah berdosa
kau adalah se suci seorang sufi
kau adalah hafiz
kau adalah saadi
yang akan disufikan hingga kiamat

selamat jalan kok leong
ucapan dari hati seorang pencuri

AWAS ! INI MUKA PEMBUNUH


NOTA:
sedarlah
bahawa santau radio aktif itu
membunuh perlahan lahan
derita dari serangan santau ini
akan sampai ke gebeng!

Isi kandungan yang penting bukan pasal akidah penulis atau hukum tentang puisi di atas....

credit goes to Mr Isham Rais a.k.a Tukar Tiub

Dari aku : 
Perkara yang memudaratkan kenapa perlu lagi dipertahankan, cukuplah....cukuplah...
bagilah anak - anak menghirup udara segar...
bagilah anak - anak bermain di padang tanpa rasa gusar...
hentikanlah semua dusta dan permainan dewasa...yang menyiksa jiwa anak muda...
hentikanlah semua....selagi hayat masih ada....


Peze Kembali!

"Padan la muka hang Peze oii! baik tak bertempat, nak tolong la kononnya tapi ntah le, nak cakap kamu ni bodoh takut kecik ati, tapi memang ye pun...hahahahaha "....kutuk makcik tokey kedai pokok besar depan IPG Kampus Ipoh sambil membungkus makanan aku

"Hadoi, nape la kamu ni yob, bangang bebenor, niat kamu memang le baik tapi cara kamu tu salah, tanggung je la, tahan je nak pecah perut gelakkan kamu ni...."....Encik Mohammad Shahril sambil menahan sakit perut umpama kena sengugut

dahtutuppintuhatiakunakbuatbaikdengandia


Difikirkan balik, lantaklah, memang padan muka aku pun, sekarang zaman Teknologi, buat baik semua nak balasan itu ini....aku yang naif dengan semua benda ini....hahaha 10x untuk aku....

Persoalannya disini, perlu ke aku tunaikan janji?...
kalau ikut hukum, wajib...kalau tak memudaratkan dan selagi tidak melanggar hukum Allah...
kalau ikut hati, pi mampos la ang! bukan ada kene talian darah dengan aku pun...
kalau ikut prinsip, kena jugak tunaikan janji, pasal dia lantak pi...

Dan pasti aku akan dibodohkan lagi oleh kengkawan rapat...bangang yang tak bertempat...

dah la...maleh nak pikior lagi, yang penting projek vespa aku dalam 90% siap...boleh aku mula mengembara dengannya...

Sebelum berpisah marilah kita nyanyi lagu dari abang long dan mungkin ayahanda kawasan anda! abg awie!


Oh... dalam dunia...
Oh... kita raja...
Oh... jangan lupa...
Oh... Jangan gila

Gila darjat
Gila nama
Gila kuasa
Gila Harta
Semua gila


Buat baik berpada-pada
Kata org tua
Buat jahat jangan sekali

Engkau takkan rugi

Mulia dibalas syurga
Dosa 'kan sensgara
Ini hukum karma


Pi Mampos La Ang!

Pi Mampos La Ang! :

Politikus Korup,Busuk dan Bangang Yang Siap Tunjuk Kat Semua Orang!
Pemakan Harta Anak Yatim dan Asnaf Zakat
Pembelit Fakta dan Pemecah Fikrah
Perempuan Poyo Perasan Lawa Sangat!
Puak Pengaut Keuntungan Maksima!
Mat Belia Konon Otak Bergeliga Padahal Macam Haram!
Ahli Agama Segera Yang Berani Tegur Akidah Rakyat Marhaen Tapi Kecut
Dengan Anak Menteri Dan Pak Menteri Serta Dari Keturunan Kayangan!




Pada asalnya aku nak melepaskan marah aku pada insan yang tak tahu nak menghargai budi baik aku yang tak perlu dibalas walau sesen pun, jadi nasib la pada senarai yang terlibat sekali, aku punya blog aku punya suka la kan...

Evil aku kali ni...




Rabu, 21 Mac 2012

Peze Belanjakan RM400k Untuk Sebuah Vespa?!



"Alo, kawan...apsal lu selalu celita politik sama u punya kelija saja ma? lu celita lain la, celita ahmoi cantik ka, celita dulu sekolah punya time ka, kasi celita lain la kawan!"
Eng Choong Seong, bekas ketua kelas tingkatan 1P1 SM Chemor.


Bagi tidak menghampakan perasaan kawan lama, jadi aku letaklah gambar ahmoi idaman aku


"Ala, nak yang ni jugak!"...sambil menghentak - hentakkan kaki serta diselitkan aksi bergulingan ala - ala filem tamil

Maaflah kalau yang termasuk blog ini disebabkan terpengaruh dengan tajuk entry di atas. Adat la dalam kebanyakan dunia "kewartawanan" kini bagi tajuk pelaris cerita, padahal isi kandungan macam sampah. Pada mulanya aku nak buat tajuk "Yusri dan Lisa berbulan madu dengan vespa aku", silap - silap aku kena saman pulak nanti. Apapun aku bukan nak mencari publisiti murahan, sekadar satira dalam kehidupan seharian.

Antara tajuk yang klise sepanjang zaman
(Isi cerita aku reka je, tapi ada kaitan dengan yang hidup dan mati) :

Perempuan tua terkejut melihat lembaga di waktu malam berhampiran surau rumahnya.

Chemor 18 Julai - Seorang makcik berusia lewat 60an pulang dari menunaikan solat Isya' di surau Al Hidayah, RPT Chepor terkejut dan takut apabila terlihat beberapa lembaga yang sedang berdiri di kawasan pencawang elektrik di kawasan tersebut. "Makcik nampak bayang - bayang dan cahaye samor - samor je, serun makcik nak dekatnye, makcik tengok sekali imbeh je, tu pun jauh. Ade le dua tige lembage yang makcik perasan, udahle di surau tadi pun bergelap. Deme takde pulak ngaco, tapi makcik bace le ayat kursi bebanyak, takut weh!". Setelah siasatan dilakukan keesokkan harinya, didapati bahawa lembaga misteri tersebut adalah petugas dari Tenaga Nasional Berhad atau dahulunya dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara yang sedang membaik pulih pencawang akibat kerosakan teknikal dan menyebabkan seluruh kampung tersebut bergelap.  

Tajuk : "Misteri ni, tak boleh jadi, kena baca ape kisahnya ni!"
Isi      : "macam hampeh!"
(Faizal Musa, peminat setia Mastika satu ketika dahulu)


Jadi carilah bahan bacaan yang mencernakan minda.

Ntah le kome....


Pengurusan Dan Peze

"Kamu cuti buat apa datang pejabat, biar je budak tu sendiri, petang nanti pandai - pandailah dia nak tanya pejabat Tanjung Rambutan ke Pejabat Ipoh ke, kamu tak payah nak tunggu ajar"....


"Sekarang ni perempuan ke lelaki ke sama je, orang pompuan ni take for granted je sebab tu kata tak boleh nak ganti, jangan layan sangat"....


Pengurus pelat Jawa, berasal ntah dari mana, baik dengan keluarga puan sri aku, aku tak berminat tentang itu.






Aku kena lawan arus kapitalisma ini, dah kritikal menusuk masuk dalam pemikiran kita. Bayangkanlah seorang pengurus, di atas mejanya ada kitab agama yang agak tebal (kalau nak katok kepala biol gak la), tapi bila aku cakap kawan aku tu tak mahir dan perlukan bantuan, dia boleh kata lantak dia la, pandai - pandai la dia nak settlekan. Persoalannya di sini, adakah aku yang bodoh, bila bercuti datang ke pejabat untuk membantu rakan yang masih belum kering "cap jarinya" atau aku aku pandai biar lantak la dia asalkan aku bahagia bercuti bersama keluarga...
   
   Puncanya begini, aku perlu bercuti untuk meluangkan masa bersama keluarga, sebagai "Lone Ranger" di pejabat, susah aku nak bercuti sebab tiada pengganti. Aku cuba bagi pandangan dan cadangan sebelum tu, haram takde feedback. Aku terpaksa juga mengambil cuti walaupun terpaksa membatalkan niat aku untuk bersiar - siar bersama Puan Sri, jadi dengan tercungap - cungap aku pergi ke pejabat pengurusan untuk mendapatkan penjelasan. Sehari sebelum aku nak bercuti, aku masih belum tahu siapa yang datang untuk ambil alih pejabat, aku call pejabat yang sepatutnya menghantar pengganti masih belum ada jawapan, ok lah, aku faham dengan situasi sekarang susah nak ada pengganti yang boleh jadi "lone ranger" macam aku. Aku bagi email, tentang cadangan aku, demi kebaikan bersama (sehingga blog ini di update tiada apa - apa tindakan susulan dari depe kecuali akan dipertimbangkan/apa yang nakditimbang entah!). Bila aku sampai ke pejabat pengurusan, dua perkara yang aku ingin tahu. Pertama, adakah aku akan terus berkerja seorang tanpa pembantu dan sekiranya tanpa pembantu. Kedua, bagaimana tentang pengganti aku sekiranya aku bercuti.

   Jawapan yang aku terima adalah sangat hampeh! Walaupun aku akur dengan fakta dan data yang diberikan terutama tentang bagi mendapatkan pembantu aku yang agar mustahil, namun sikap professionalism seorang pengurus adalah GAGAL! Di sini hujah aku :

  • Asas kepada Pengurus ialah URUS, kelemahan pengurusan yang amat ketara, bagaimana seorang pengurus boleh menunding jari kepada pengurusan dibawahnya dan mengeluarkan kata - kata yang aku nyatakan di mukadimah entry ni. Sepatutnya dia ambil maklumbalas aku dan membuat sesuatu bagi membolehkan operasi berjalan lancar. Sekarang ni jatuh pada bahu aku pulak nak kena bagi operasi lancar..LANCAU LA!
  • Aku juga pengurus (ikut surat lantikan la, sebab aku seorang je kerja dalam pejabat), tanggungjawab aku memastikan pejabat seliaan aku beroperasi dengan sebaik mungkin, dan sekiranya aku bercuti aku perlu memastikan supaya keadaan pejabat aku amat memuaskan dan mudah untuk pengganti di pejabat aku buat kerja. Tanggungjawab pengurusan yang lebih tinggi sepatutnya provide aku dengan pengganti yang boleh menggalas tugas aku, supaya apabila aku bercuti tidak akan menggangu kelancaran operasi. Aku terpaksa mengambil inisiatif untuk melatih budak baru untuk tugas aku, yang dimana sepatutnya pihak pengurusan yang lakukan semua ini, sebab semua ini adalah ASAS, takkan nak tunggu aku nak cuti baru nak nglupor cari pengganti yang boleh buat, tak ke BANGGANG namanya.
  • Sikap berjimat cermat atau bahasa perniagaannya dipanggil CUT COST demi keuntungan syarikat adalah perlu tapi takkan sampai nak hilangkan sikap kemanusiaan dalam diri. Aku faham kedudukan sebagai pengurus, pihak atasan tidak mahu alasan dan hanya hasil keuntungan yang diperlukan Sekiranya tak mencapai sasaran, alamatnya takde bonus la, dengan kata lain KAPITALISMA TELAH MEMBELI NILAI MURNI SEORANG MANUSIA! betul kata Isham Rais, aka tukar tiub, kapitalisma tidak mengenal bangsa, agama dan latarbelakang, tak kira dalam sudut mana pun boleh sistem ni mencelah, ianya akan terus mencelah, sampai aku sendiri kadang - kadang keliru diantara tuntutan agama dan tuntutan kapitalis.
Sistem pengurusan yang lemah dari segi pengurusan sumber manusia, tetapi dalam masa yang sama ingin keuntungan berlipat kali ganda adalah sistem yang paling cekai, sekiranya kome ingin menunding jari pada aku dan menyatakan aku melayu mudah lupa atau melayu banyak rungut, macamana pulak sebuah pejabat aku boleh handle sorang diri, aku tak ganggu kome nak cuti atau kome nak berjimba bersuka ria apatah lagi nak membodek kome lagi tak sior, bagi pengurusan macam kome suka le kan, CUT COST tapi nak push aku supaya promosi itu ini. Aku ada etika aku sendiri, aku jumpa kome dan minta penjelasan dimana sepatutnya kome yang bagi aku penjelasan supaya aku senang nak terangkan pada orang ramai status pejabat tempat aku bekerja sekarang dan mudah untuk aku bersedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan aku bekerja seorang diri di pejabat yang usang (kehkehkeh). Sepertimana biasa bagi menutup kelemahan sesebuah pengurusan terutama yang beragama Islam, ayat klise yang diajar ialah "kita bekerja kerana mencari keredhaan ALLAH SWT"...betul 100%, tapi jangan gunakan ayat tersebut tatkala apabila keringat diperlukan tanpa pembelaan asas. Ini adalah penyakit mental yang perlu dibuang. Kalau betul kerja keranaNya, kemudahan asas yang diberikan adalah juga keranaNya, bukan kerana nanti syarikat rugi atau tak cukup norm bagai.
Ini adalah sekecil - kecil skala permainan agama dalam kehidupan seharian, contoh besar, macam Pak Menteri kita suruh ber"wasatiyyah"...bersederhanaan, walhal dia macam mana punya belanja duit negara? jangan main ungkap jer, kalau jahil baik diam. Bagi aku kalau betul betul nak Islam, buang sistem kapitalis dan kembalikan sistem perniagaan Islam yang sebenarnya. 

Aku tak pernah merungut tentang gaji, sebab aku bersyukur dengan apa yang telah ditetapkanNya, tapi aku merungut tentang kelemahan manusia dipermainkan dengan sistem yang boleh menjahanamkan nilai - nilai agama dan kemanusiaan.


Ntah le kome...


   

Ahad, 18 Mac 2012

Projek Peze Bermula!



"kawe tak kiro, kawe nak gak tanah tu!"....desak cikgu Bakar sebelum membunuh bapaknya Pok Eng




Cherita Ba-gambar 

Sesi "menelanjangkan" Vespa


Kesan - kesan penuaan kelihatan jelas


Akan dicucuk dengan BOTOX!
 Adakah nasibnya akan terbela di dewan rakyat nanti?


Urat - urat tersembul , tak sanggup melihatnya lebih lama


Retakkan seperti bumbung Pejabat Parlimen dahulu cuma bezanya retakkan ini sudah lebih 20 tahun dan dibuat oleh Kontraktor kelas F dari Milano, Italy...
 
Ingin membuat kertas kerja untuk memohon bantuan Vespa 1Malaysia dan mungkin akan mendapat baucer sebanyak RM1 untuk membaiki lantai tersebut


Akan dihantar ke pusat pembedahan untuk menegangkan kulit - kulit yang kendur dan menampal segala kehodohan yang ada



Nampak gayanya dalam dua bulan ni aku kena gunakan kereta untuk berulang alik bekerja sementara nak siapkan vespa...Alhamdulillah bahagian enjin hampir siap, nak baiki badannya sahaja, dan kerja mengecat aku sendiri kena buat untuk menjimatkan kos. Tak sabor teman nak ngembare dengan mike vespa oi!...


Ntah le kome...

Rabu, 14 Mac 2012

Negara Lain, Negara Aku dan...


Aku teringin nak melawat negara asing untuk mencerahkan minda aku ini. Takde ke agen - agen asing yang ingin mengupah aku...kehkehkeh...Tapi Nigeria aku taknak pergi, banyak mudaratnya...Deme datang Malaysia pun buat huru - hara...

Kita selalu lihat dan dengar pak - pak menteri kita selalu membuat lawatan ke negara luar, untuk menimba pengalaman dan berkongsi idea untuk memajukan negara....tapi apabila pulang ke Malaysia masih belum nampak apa - apa perubahan yang ketara. Aku komen lebih lebih sangat pak menteri buat ape kat sana nanti kata aku pembangkang karat, jadi dari aku kondem apa yang mereka buat di sana, apa kata aku bagi cadangan pada pak - pak menteri dan bakal - bakal pak menteri yang betul - betul nak membantu rakyatnya :


  1. Menteri Pengangkutan : Apabila sampai di lapangan terbang, jangan guna kenderaan khas, sebaliknya gunakan pengangkutan awam, lihat bagaimana sistem pengangkutan awam negara lain sebagai penanda aras kepada pengangkutan awam negara kita. Sepanjang lawatan guna pelbagai pengangkutan awam. Baru feel yo!,lepas tu balik Malaysia cuba pulak naik pengangkutan awam di sini dan bandingkan serta perbaharui, tapi tak payah le nak sampai masuk - masuk suratkhabar seperti VVIP bagai bagi nak menunjuk, tarak guna gak le...
  2. Menteri Pelajaran : Lihat bagaimana negara luar boleh menyediakan sistem pembelajaran percuma dari peringkat rendah ke peringkat Universiti. Ambil pendekatan sistem pengajaran dan pembelajaran di sana. Kaji bagaimana negara kapir boleh maju dalam bidang pendidikan, apasal negara Islam Satu Malaysia Hadhari tak boleh? Janganlah pergi lawatan, jumpa bebudak student sana buat promosi kempen parti...dah konfem jadi menteri pendidikan bukan jadi calon pilihanraya! Geng - geng Pakatan pun jangan nak sibuk - sibuk nak counter, bebudak student bukannya bangang, tambah pulak duk kat luar negara...view diorang lebih luas, kalau depe nak berpolitik biarkanlah, sebab depe fikir masa depan, bukan fikir nak bayar duit rumah bulan - bulan atau nak cari projek itu ini.
  3. Menteri Kebajikan : Pergilah melawat di tempat - tempat perlindungan bagi orang - orang gelandangan dan kurang upaya, dan jadi sukarelawan, bukan untuk raih publisiti, hentikanlah berconference di hotel - hotel 5 bintang. Tanggungjawab kebajikan bukan sekadar bagi wang ringgit, tapi menyediakan kemudahan dan yang paling penting supaya golongan ini boleh menjalani kehidupan setiap hari tanpa ada diskriminasi. Dah nama Oku ni insan istimewa, jadi bagilah mereka layanan istimewa supaya mereka boleh sesuaikan diri dengan masyarakat, tak luak pun harta negara.
  4. Perdana Menteri : Tadbirlah dengan telus, lihat negara lain punya civil service macam mana...belajar dari Jepun cukup le, dalam masa 10 tahun, berape orang perdana menteri dah tukar kalau tak capai matlamat atau tak bagus, tapi perkhidmatan awam tetap berjalan dengan lancar tanpa campurtangan politik. Tak payah nak bersilat lidah itu dan ini, boleh tadbir dengan baik semua hormat, hormat yang lahir dari hati bukan boleh dibeli dan dipaksa yo! 


Kesimpulan dari apa yang aku meraban dalam entry kali ini bukan nak mengajar, sapelah aku, kumpul duit dari kecik pun tak dapat nak belikan bini aku cincin berlian, inikan pulak nak jadi menteri tadbir negara lagipun aku belajor takat SPM je.Ini pandangan aku dari apa yang aku pelajari sepanjang aku membesar di tanah air tercinta. Seperti biasa ;

Ayat klise bagi puak pembangkang akan kata "...selagi kerajaan salah guna kuasa, selagi itu kita akan macam ni"...ada betulnya tapi persoalan aku, kalau kerajaan pembangkang ambil alih dapat ke buat setelus - telusnya. Bagaimana nak laksanakannya? apa cara dan perancangannya, oh ada buku jingga. Tapi wajar ke sampai sanggup deposit dosa nak kutuk orang sampai tahap hina, kalau perli boleh diterima lagi dan betul kerajaan salah, carilah jalan terbaik untuk memperbetulkannya dengan penerangan dan ceramah, tak payah bagi alasan yang penyokong BN kuat hina maki bagai dan nak ikut maki hina jugak, jangan jadi bodoh! Apa yang aku respek sekarang ialah pendedahan kepincangan pentadbiran yang bedasarkan fakta demi kebaikan bersama, pasal fesyen Rosmah, lantak pi la dia, dia bukan peduli hape, tiap bulan bil - bil utiliti tetap kena bayar jugak, bukan dia nak tolong bayarkan, dia sibuk bershopping di luar negara. Nak tau seronok ke tak shopping kat luar negara, pergilah sendiri jangan asyik nak bangkang jer...hahaha

Bagi yang sokong dasar kerajaan sepenuhnya pendek kata ahli BN dan UMNO, yang melayu terutamanya, rentikanlah main sentimen perkauman, nak guna kata - kata Hang Tuah, "takkan melayu hilang di dunia"...hari kiamat semua sama je, takde melayunya, semestinya kita umat Nabi Muhammad SAW yang pertama dulu dihisab kelak dan pastinya kita sebagai muslim tahu bahawa Nabi besar junjungan kita dari bangsa apa, kalau tak tau aku nak repot kat Hasan Ali, bagi dia betulkan akidah. Kalau nak cerita hilang kuasa dari zaman kesultanan dulu dah hilangnya, kena main dengan orang British je, kalau betul nak jadi asabiyah sangat, dulu zaman British, sape yang bawak masuk warga asing, dan zaman sekarang sama dengan je! tak mustahil zaman anak aku atau cucu cicit aku, satu sekolah dengan anak Nepal dengan Bangla, dan silap - silap ada istilah baru bagi mereka sepeti mepal atau matgla.Apa - apa borang nak isi, bahagian bangsa nanti ada pilihan : MELAYU, CINA, INDIA, MEPAL, MATGLA, LAIN - LAIN.kehkehkeh...tu baru Nepal dan Bangladesh, belum Nigeria dan segala awang hitam lagi (bukan racist tapi fakta)
Kalau betul sayangkan UMNO BN, doakan pemimpin kome berubah dan bertaubat, udah - udah le merembatnya, nak kaya jadi ahli perniagaan yang jujur, politik ni bukan untuk senangkan diri tapi untuk susahkan diri demi rakyat. 
Tadbirlah negara dengan adil dan saksama, tambahan pulak kita beragama Islam...malu la dengan pemimpin kapir....dalam Malaysia boleh rasa bangga dengan apa yang dicapai, pergi keluar tengok, malu betul dengan apa yang dah terjadi dalam negara...sistem perundangan hancur, sistem penangkutan hancur dan macam - macam hancur...

Kepada yang tetap tidak berpuas hati dengan pandangan aku ini, lantak kome la...sedangkan mata aku pun bukan kongsi dengan kome...inikan pulak pandangan...Kira baik la aku guna ayat - ayat yang agak sopan, skema dan poyo, kalau kome pergi blog politik baik pro dan pembangkang, lagi seram ayatnya...hahaha.Aku sayang negara aku...Aku pinjam je untuk anak - anak dan generasi akan datang, malu aku nak berhadapan dengan depe kalau aku tak buat apa - apa untuk mereka kelak...

ntah le kome...

*aku pun asal pendatang jugak, keturunan dari tanah besar cina dan bugis di Indonesia...yang pure dari tanah melayu, tentulah orang Asal a.k.a orang Asli, tak puas hati jugak? aku kabo Hassan Ali bagi perbetul akidah...hahaha


Mencuri Ubi Kayu Demi Meneruskan Kehidupan

Ini aku copy and paste sebahagian dari blog sharpshooter a.k.a Din Binjai...terima kasih tuan punya blog

Tak salah aku dalam Facebook pun dah keluar kisah ini, jadi baca dan layan ok....



Nenek curi ubi kayu mahu dipenjara 2 setengah tahun 





Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu. Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu. ”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”. Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah. ‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya. “Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.” Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.. Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.






Selasa, 13 Mac 2012

Projek Transformasi Peze

Projek Transformasi Rancangan Peze ke - 5, berteraskan konsep "jangan harap aku nak cat warna dan logo 1Malaysia, sebab aku bukan nak bodek sapa - sapa"...projek aku ini akan membuatkan jiran tetangga akan menyimpan perasaan marah akibat bunyi - bunyian yang bising berserta asap tebal meliputi satu dua kawasan. Projek ini juga tidak melibatkan sebarang haiwan ternakan seperti ayam dan LEMBU, cuma sa-ekor Wave 100 telah menjadi mangsa kambing hitam dan dilucutkan jawatan sebagai menteri pengangkutan aku dan yang pasti ini bukan Projek Barisan Nasional sebab aku tak dapat sebarang peruntukkan dari bapak mertuaku.





Kini hanya tinggal kenangan Wave, kamu tidak diperlukan lagi, kamu boleh berundur atau pergi membangkang
Demi menaikkan PS untuk menjadi senator atau AMT























Sudah tukar warna, tapi hati masih sama,sebab banyak guna duit rakyat; perlu dirawat, vespa PX disebelah sudah bersara tapi masih mahu bersuara tentang masalah negara

cerita tersebut adalah rekaan semata - mata, kalau bukan rekaan aku pasti dibayar oleh agen asing untuk mereka - reka cerita dusta ini...


CERITA BERGAMBAR DI ATAS TIADA KAITAN DENGAN DESKRIPSI DI BAWAH
Restorasi buat masa ni : Overhaul (tukar piston kawasaki,blok dan seangkatan  dengannya),sistem pendawaian, tukar karburator 24-24 (sebelum ni pun guna 24-24 secondhand punya),arbsober belakang,badan PS ini wajib disimen dan tukar warna baru. Modal berape ntah le...aku kena bawak pergi ke Kuale jugak minggu ini.
Aksesori sepeti hub 10", rim aloi atau sport rim aloi, seat, foot rest dan side mirror aku akan cari masa Karnival Vespa Di Kuala Kangsar nanti. Aku tak berminat nak buat vespa aku laju sangat, cukup sekadar boleh memotong kenderaan di Highway dan boleh jalan jauh. Untuk merempit dan membuat onar di jalanan, itu bukan aku...aku bukan jiwa kelajuan....



Ntah le kome...




Isnin, 12 Mac 2012

Salam Takziah




Allah S.W.T. menyayangi setiap hambaNya...

Marilah kita mengabil iktibar dari insiden ini dan hentikan menunding jari untuk menyalahkan orang lain atau ibu bapa arwah. Aku sebagai bapa pun tak mahu membiarkan anak aku sendirian, tetapi Allah S.W.T telah menetapkan sesuatu, kita sebagai hambaNya tidak akan terlepas walau sesaat pun dan sebagai manusia kita wajib menjaga dan bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan kerana DIA MAHA MELIHAT DAN MAHA MENGETAHUI.



http://www.nst.com.my/top-news/nurul-nadirah-s-charred-remains-found-1.59530


Ntah le kome...

Kalah...Kalah...Kalah...



"Ape Citer Liverfool ang, dengan team Sunderland pun boleh kena,hahaha"...sambil menghirup teh tarik...Mat Yeh, peminat tegar MU.

"Teman nyampoh benor dengan Popovic tu, haram bergune, buang duit je', deme bukan x baguih tapi importnye ntahapehape"...penyokong Perak yang hanya mahu dikenali sebagai Mohammad khairul Bin Shamsuddin.

"Sayang betul la, tapi tak boleh buat ape, Chong Wei dah injured, kalau tak ayah rasa Chong wei boleh pukul Lin Dan"...ujar bapak mertua kesayanganku sambil membelek - belek Utusan Melayunya.


Dapat gol Sebijik


Dapat apa, dapat malu la

Minggu ini aku banyak menyaksikan kekalahan demi kekalahan pasukan/atlit kegemaran aku dan paling aku susah nak terima, macamana Liverpool boleh kalah dengan Sunderland...Chait!..macam yang pernah aku coretkan dalam entry aku sebelum ni, kenapa Kenny Dalglish masih mengamalkan sikap kronisme, nepotisme dan bekas penyerang yang mudah lupa dalam kesebelasan utamanya...Jordan Henderson xbley pakai la...Kalau aku kutuk Kenny berbakul - bakul pun bukannya dia baca, kalau dia baca bukan dia faham, kalau dia faham bukan dia peduli....jadi biarkan


Pemain import Perak musim ini, tapi ramai yang menyampah kat Popovic tu, kenape? pergilah ke stadium melihat beliau beraksi


Perak FA...Kejor yeop kejor...kendian skor yob skor...satu ketika dulu, ketika rangkaian ASTRO belum wujud dan mengawal kehidupan manusia dengan membayar bilnya setiap bulan (termasuklah aku), aku di antara penyokong kuat Perak FA, waktu itu masih bersekolah. Walaupun tiket hanya berharga RM5, namun sebagai budak kampung aku tak mampu, jadi dengan berkat keberanian dan dorongan kengkawan, aku bersama - sama peserta lain cuba memanjat pagar stadium ala -ala rancangan Istana Takeshi (tak tau rancangan ni boleh google k) untuk menonton pasukan kesayangan aku beraksi. Baju koyak, kena halau dengan pakcik RELA perkara biasa...ah, demi Pasukan Perak!...setelah aku berusia, bekerja dan berumahtangga serta mempunyai ASTRO di rumah, aku terus meninggalkan bola sepak tempatan terutama Perak FA, tetapi semenjak FAM dengan poyonya membenarkan pemain import kembali beraksi di Liga M....aku kembali berminat untuk mengikuti perkembangan Perak FA....tapi malang pasukan Perak tumpas di pusingan kedua ditangan Team ZIZANG RAJA LAWAK sabtu lepas....Untuk aku kembali ke Stadium Ipoh bersama heroku, mungkin tidak kot...tak sanggup aku nak terangkan maksud maki hamun, caci maki dan carut marut pada anak aku yang hatinya masih suci, tambahan pulak dah la tengok bola macam nak pergi berperang, mercun sana sini...aku dulu fanatik jugak tapi takde la sampai nak bawak mercun masuk stadium dan ganggu pemain dan permainan, setakat bersorak dan "sedikit" maki hamun yang aku pelajari dari orang yang lebih tua di sekeliling aku kat stadium tu, jadi jangan marahkan aku kalau anak aku pun minat Liverpool dari Perak FA...salahkan ASTRO dan kedai mamak..kehkehkeh...



"Lu jangan happy sangat Lin Dan, gua Injured je"
Badminton...antara sukan yang terkenal di Malaysia, dan Lee Chong Wei sebagai pemain No 1 Dunia, aku tak pernah bercita - cita nak jadi hebat macam dia, cuma semenjak aku berkahwin dan mendapat tahu bapak mertua aku ni memang bekas pemain badminton peringkat Sekolah Menengah Raja Chulan dan kawasan Ipoh Barat serta masih aktif walaupun di usia lewat 50an, aku turut terjebak dengan aktiviti badminton ni. Aku bukan nak bercerita tentang keakraban hubungan aku dengan bapak mertua aku apatah lagi untuk kami dikaitkan seperti Khairy Jamaluddin dan Pak Lah...cukup sekadar bapak aku bercerita pada kawan - kawannya,bahawa "menantu I okay"....
Cerita Chong Wei menarik diri pada set kedua All - England semalam, menarik perhatian semua pihak. Aku tengok muka Lin Dan tak puas hati masa Chong wei mintak tarik diri (aku tengok ulangan je)...bukan Lin Dan, malah kami rakyat Malaysia pun tak puas hati, sebab kamu menang free je Lin Dan oi, tapi kita kena faham kecederaan yang di alami Chong Wei, dan bukan saje - saje nak bagi menang free. Chong Wei bukan Free Loader yo!...Harapan aku Chong Wei akan 'recover' secepat mungkin dan dapat meraih emas dalam kejohanan Olimpik nanti.


Kekalahan, perkara biasa dalam hidup, macam aku masa bebudak dulu...selalu main baling tin, aku cukup tak puas hati bila kalah, tapi dengan selamber member aku cakap, adat la kalah menang, kalau kamu je nak menang, main sesorang...polis sentry one two jaga, lu kalah gua peduli hapa...kehkehkeh,padan muka aku...apapun penerimaan kekalahan itu penting, baiki diri dari kekalahan, bukan mencari kesalahan orang lain dengan menutup kelemahan diri...


ntah le kome...



Cerita Hujung Minggu

"Wak pikul berkilo - kilo getah masa menoreh dulu Steah-dy jer, kamu baru tolak wespa udah berkerut - kerut muka, orang muda sekarang bukan macam orang muda zaman wak dulu"....sambil menghisap kretek dan "memberi sokongan mental" pada aku, tanpa cuba untuk memikul vespa aku sepertimana kenyataan dia...



Gambar hiasan penyeri blog...tapi vespa aku tahap macam ini jugak


Pagi yang hening di kawasan Pejabat Pos Ulu Kinta ahad lepas diletupkan dengan bunyi vespa semput aku, dengan harapan aku dapat pergi ke Kuale Kangsor untuk membaikpulih vespaku itu, dan seperti mana aku, "dia" turut setia dengan Pos, elok je sampai Pos Tanjung Rambutan, "dia" mengambil keputusan untuk merajuk....aku pun panik dan cuba memujuknya untuk meneruskan misi kami untuk meng"upgrade"kan "dia". Masih berdegil, "dia" tetap merajuk. 

Dengan hati yang berat aku tinggalkan "dia"....Dengan Talipon pink ditangan, aku pun menalipon kengkawan bagaimana nak memujuk"nya" dan rupanya aku kena belikan sesuatu yang baru untuk "dia". Lalu aku menalipon pulak puan pramugari supaya dapat mengambil aku dengan kadar segera. "Ah, tadi motor, sekarang perut pulak merajuk - rajuk dan merungut -rungut!"..sambil jeles melihat anak aku yang sedang nyenyak di dalam kereta bersama patung koleksi Ultramannya.

Tak boleh jadi, aku ambik keputusan nak manjakan perut aku yang dah naik lagi dua inci dan juga cuba memujuk vespaku supaya dapat meneruskan projek kami...Dengan agak kelam kabut, pramugari aku pun dengan muka yang agak kurang gula akibat keputusan veto al flip flop aku, kami pun pergi la mencari pasal di Kuala Sepetang a.k.a Port Weld untuk bertemu dengan "Mak Jah". Sampai sana aku tengok punyalah ramai, tapi takpe alang - alang dah sampai, tunggu jugak...dah sampai makanan, takkan nak bergambo pulak, mengkedarah le weh. Arwah mak aku selalu pesan, kalau makan jangan lupa baca doa dan ingat orang dibelakang, tetapi "hantu raya" mana dah masuk dalam badan aku, sampai dua pinggan mee udang aku balun!...masa nak bayar baru aku ingat pesan arwah mak aku, itu pun sebab angka mesin kira yang menyala kat kaunter pembayaran, dengan bismillah aku mengeluarkan duit dari dompet...kehkehkeh...melantak tak ingat, bayar je lah!...



sekadar gambar hiasan, aku takde masa nak nangkap gambo makanan eh



Cadang nak bawak pramugari dan anak jalan - jalan ke Zoo Taiping, hujan tidak mengizinkan, jadi siar - sair dalam kereta je lah...kami lihat banyak jurufoto dan pengantin baru sibuk berposing...terlintas dalam hati aku, pengantin perempuan mesti rasa seronok dan bahagia sebab dapat menangkap gambar abadi mereka bersama yang tersayang, tetapi tidak bagi pengantin lelaki...mereka terseksa kerana hujan bukan masa terbaik untuk bergambar, tapi masa terbaik untuk mengenali pasangan,dengan badan dah agak basah, serta si isteri meliuk lenggok di depan lensa,air liur dah menjelejeh ke baju...bila nak dapat ni!...kahkahkah...

Lewat petang, dalam perjalanan balik...jumpa member, Hafiz Selama, Gebu nama manjanya untuk urusan jual beli, dapatlah aku 'spare part' untuk PS kesayanganku. Wajah keseronokan dan kepenatan terpancar pada aku, (tengok cermin la) sebab dapat mengelakkan dari "dia" terus menunggu di depan Pejabat Pos Tanjung Rambutan. Berbekalkan sisa tenaga yang ada, aku mengajak Faqeh al Gpo untuk teman aku menukar spare part PSku. Alhamdullilah siap, dapat la bawak balik rumah je.Aku baru teringat, Datuk Lee Chong Wei lawan Komrad Lin Dan...tapi tak sempat pulak nak tengok...


* entry ini adalah alasan kenapa aku malas nak update blog aku. padahal orang lain punya cerita hujung minggu lagi menarik....


Rabu, 7 Mac 2012

KM 7.2 Jalan Lahat,Bukit Merah Tragedi Yang Parah

anak anak muda 
dunia ini akhirnya adalah milik kamu !” 
― Hishamuddin Rais



1984, Projek Asian Rare Earth Bukit Merah, Perak

Ketika projek ini bermula, aku masih berbolen bermain dengan kawan - kawan di kawasan setinggan D aku, paling jauh aku "merantau" ke reban ayam rumah Din Kuda...tapi bukan aku nak cerita tentang kecomelan aku berbolen dan membuat gadis - gadis sebaya dengan aku ketika itu cair melihat aku yang seksi, tapi ingin berkongsi nasib kanak - kanak yang sebaya aku di Bukit Merah yang lebih malang dari aku. Aku menganggap akulah kanak - kanak yang paling malang disebabkan kedaifan keluarga aku semasa kecil, tetapi ada yang jauh lebih malang dari kedaifan, iaitu kesan radioaktif. Aku amat berterima kasih kepada media yang "mengajar dan mempengaruhi" aku bahawa bahan radioaktif ini cool dan hebat seperti dalam kartun " Teenage Mutant Ninja Turtle " dan sekiranya kalau aku tahu ada Projek ARE di Bukit Merah dulu, mungkin aku akan menipu arwah orang tua aku, dan mengajak rakan sekomplot aku ke sana dengan berbasikal chopper demi mendapatkan power untuk menjadi super mutant tetapi realitinya tidak sama sekali....

Segala cerita bergambar dan kronologi kita dapat dalam blog tersebut untuk dikongsi bersama


http://semutmalaysia.blogspot.com/2012/02/cerita-dan-gambar-gambar-kegagalan.html







Walaupun kes tersebut menang di Mahkamah Tinggi Ipoh, dan menutup sepenuhnya pada 1994, namun kesan pada rakyat lebih parah. Aku harap perkara tersebut tidak akan berulang di Gebeng, Pahang. Aku  bantah LYNAS atas dasar kemanusiaan, jadi harapan aku supaya projek seperti ini tidak akan wujud di Malaysia lagi.


terima kasih kepada blog semutmalaysia dan blog tukartiub


ntah le kome...

Selasa, 6 Mac 2012

Rancangan Aku ( Bukan Rancangan TV atau Radio )

"Hangat - hangat taik ayam kamu ni le, mule kemain lagi ngapdatenye,sekaghang udoh ndak mandang dah, lesu je teman nengoknye...ish...tu le orghang kite, mule je semangat...."...Ahmad Kaslan, bukan nama sebenar


Kalau aku nak bukak surah/blog politik...udah bersepah...kalau sokong BN ada papagomo dan parpukari, kalau sokong PR ada tukar tiub dan ikutsukaaku dan banyak lagi lah, aku tak minat nak hentam menghentam orang ni, baca blog diorang dan aku terima/tolak sendiri dahlah. Masing - masing punya pendirian.

Aku cadang nak menjelajah bersama PS sayangku (bukan game ok, kenderaan)...bawak kamera cap ayam aku, tangkap gambo pejabat mana atau tempat yang aku pernah berkhidmat dulu (rumah urut tiada dalam senarai, sorry yo!)

Tujuan : bagi aku sedor diri,jangan asyik nak merungut kerja susah bagai, dan back track balik ape yang aku dah lakukan sebelum ni terutama dalam kerjaya aku untuk disampah sarapkan di alam maya ini.

Cerita selingan tetap ada, politik - politik ringan, sukan semasa, (LIVERPOOL bukan LIVERFOOL)...Cuma gosip - gosip dunia artis memang aku paling tak minat. Cari sumber lain kalau korang nak tau pasai Justin Bieber dah akil baligh ke belum ke, Lisa Surihani nak anak berapa ke, dan semasa dengannya.

Jadi, langkah seterusnya aku nak meng'overhaul'kan PS aku supaya boleh bergerak jauh dan kalau boleh sampai Johor Bahru sebab aku pernah berkelana ke sana kejap

aku nak kongsi klip di bawah, tentang kehidupan dari perspektif anak muda yang merantau...aku rasa dia boleh ganti arwah Yasmin Ahmad dengan kreativiti beliau membuka minda semua orang.......................kalau dia tak kena saman la dengan KRU pasal klip "rant on lagu melayu" nya hahaha, 

mempersembahkan MatLuthfi.......LALANG




ini bukan video bodek atau merepek


ntah le kome...

Ahad, 4 Mac 2012

Liverpool Kalah Di Anfield


Ape hei ni yob, asyik Liverpool je, team Peghak kite pe cite, idok ke mike nak kongsinye....tak habih - habih muje bola sepak luor je...bile bola sepak kite nak maju...ish ntah le ngape kamu ni...jangan nak buat nohin' je tau dak....
( pakcik RELA jaga stadium Ipoh )


2 - 1



Perlawanan Liverpool dan Arsenal di Anfield berkesudahan dengan  1 - 2....

Ini komen aku dari sudut penyokong Liverpool,

Kualiti pemain yang mengubah jurang tesebut...pada pandangan aku, Van Persie hanya ada dua peluang, dan dua peluang tersebut terus menghasilkan gol... aku tidak menafikan effort yang ditunjukkan oleh barisan Kenny, tapi aku rasa perlawanan tadi secara taktikalnya, Kenny berjaya mengekang Arsenal's short passing game dengan jayanya, tapi kualiti 'dead ball situation' seperti sepakan sudut ( 13 - 0 ) dan sepakan penalti memang hampeh!!!

Sebagai peminat, aku yakin Liverpool masih boleh merobek Top 4, tapi bukan musim ini,  technically gifted midfielder amat diperlukan bagi membantu bahagian serangan.


Secara peribadi tentang Suarez, aku minat skill dan cara permainannya, tapi aku memang tak minat pemain yang berkarakter drama king, aku lebih berminat pemain seperti Micheal Owen, yang jatuh dan terus berusaha mengambil bola dan bersikap gentleman ketika di padang. Antara Kuyt dan Suarez, aku pilih Kuyt, sebab kerajinannya. Suarez kalau nak lama lagi di Anfield, ubah sikap dan jangan banyak mencetuskan konflik di dalam dan di luar padang. Dan aku juga tak percaya kepada nasib, samada gol atau tidak, menang atau kalah je dalam bolasepak ini...

Kepada yang membaca dan fanatik Suarez, aku sangat meminati kebolehan dia, aku cuma menyampah dengan karakter dia....



Ntah le kome...

Sabtu, 3 Mac 2012

Bandar Ipoh Dan Aku

Yehaa! Besok hari Ahad...jom pergi lepak kat pekan Ipoh!!!....


Eh, ni pekan Ipoh ke atau bandar Yogjakarta ke, Baria District ke atau Bandar Yangoon...

Gila ah! semuanya bersidai kat sini bukannya mat - mat punk, black metal or skinheads, ni mat - mat indon, bangla dengan myanmar nih.... mane perginya bebudak ipoh melepaskan tekanan ni, sunyi la takde bebudak Skin gaduh ngan budak Nazi bagai...Where's all the boot-boys gone...( bak kata megat A.C.A.B dulu )


Aik, kat Loken pun mat indon ada jual handphone...tercabar bebudak Manjoi dengan Tasek wooo...dari  beranak kat sini sampai sekarang punya la payah nak meniaga, depe setahun dua senang je buka bukak meja...Hamboih...


Aku rindu Ipoh yang dulu, di mana aku selalu dipau dan mengepau....walaupun dipandang serong oleh masyarakat yang lalu di tangga masuk pusat membeli belah di Glory a.k.a Kompleks Yik Foong, tetapi tetap cool dan steady dengan influence masing - masing...Mungkin sekarang dah dapat hidayah yang Maha Esa, jadi tak le bersidai macam dulu.



Pasar Besar Ipoh, Super Kinta adalah bangunan wajib dikunjungi terutama masa nak beraya...ohh Kaya Balls...hahaha( dan sepanjang ingatan aku, rasanya tak pernah aku makan kat food court dalam Super Kinta tu, semedangnye ramai orang je )


Bazaar bulat yang significant, one stop centre bagi peralatan sekolah aku...serta port paling terkenal, studio arwah pak syed, SYJ. Merasalah pengalaman dengan arwah orang tua aku cari baju pengakap untuk aku...( dalam hati nak baju koboi )...


Jubilee Park tempat belajar main snooker dan membuang harta mak bapak aku dengan bermain video game dua kupang, kalau telan siap la kena penerajang, sambil tokey a.k.a taiko kedai tu menjeling tajam...hahahaha...epic...

Tapi disebabkan pembangunan pesat, pendatang asing yang menjanakan ekonomi bandar Ipoh, mereka yang banyak membeli belah di kawasan tersebut, kerana kebanyakkan warga Malaysia telah ke Tesco, Kinta City, Greentown Mall dan sebagainya di bandar satelit macam kat Pengkalan dan Ipoh Garden... Cuma kalau peralatan komputer, Yik Foong masih otai le....Ramai masih ke sana...Low Yatt Ipoh... 


Apepun aku sayang IPOH...


IPOH MALI TALAK SOMBONG...

Ntah le kome....

terima kasih tak terhingga kepada jurukamera yang berjaya merakam kenangan ini...sori gua cedok lu orang punya harta intelektual...not for business purpose k...hahaha







Media Politik Dan Pandangan Aku


Politik Politik Politik....Getik teman dengornye...takde chegite lain kome nak nyembang...heee ntah hape hape le...
( bukan usop wilcha )

Mentaliti kita sebagai manusia perlu berubah dalam aspek politik, aku tak faham kenapa perlu ada untuk menunjuk kuat atau menunjuk samseng demi menyokong ideologi masing - masing. Kekuatan fizikal ( raw strength ) bukan penentu kejayaan sesebuah negara, kadar intelektual dan kepekaan yang tinggi lebih penting kot aku rasa ( yang paling penting bukan bijak pandai kaki ya ampooo )...

Boleh ke kita dapat fakta atau kebenaran dengan kemarahan dalam hati?, itu taksub namanya...
Bila kita tenang dan kemudian membuat kajian, kemungkinan besar kita akan dapat melihat fakta dan kebenaran yang tersirat dari segala isu

Di sini peranan media amat penting samada untuk mencetuskan masyarakat yang suka mengkaji atau suka mengeji...Kita sedia maklum dari dulu lagi tugas media arus perdana hanyalah alat propaganda untuk kepentingan pemodal mereka atau pemerintah mereka.

Apabila fikrah akal manusia yang tidak dapat menghadam 'lawak - lawak sarkas' media arus perdana, mereka akan berusaha mencari jalan lain untuk mendapatkan maklumat yang boleh diterima dan terus dihadam di dalam minda mereka. Jadi jangan ingat generasi baru suka tengok gusti jalanan, atau cerita lucah yang tak stim langsung, kalau setakat nak kutuk orang itu dan ini, baik cari makcik - makcik yang berkumpul di bawah pokok mempelam sambil ngumpat atas 'pangkin'...lagi layan...konfirm tau sapa anak dara lagi ke atau tak...


Ini bukan aku, aku lagi gemuk




Apa yang aku tuliskan ini bukan bermaksud aku ni tahap gaban pandainya. Aku ini poyo dan loser je, cuma aku akan jadi real loser sekiranya aku masih nak paksa kepala hotak aku yang bodoh ni menghadam cerita - cerita politik yang mengarut ini. Aku seorang yang pentingkan diri sendiri, aku tak ambil port politkus punya masalah, aku nak hak aku dijaga sahaja, harga barang bila mau turun, pendidikan hingga ke universiti bila mau percuma, hospital bila mau percuma sepenuhnya, tapi standard klise' la contoh seperti di bawah :

Pertikai terhadap aku :ang gila bodo piang pa,dah macam - macam kerajaan buat tak tau reti bersyukur lagi ka?..

Aku akan jawab : ang kaya ke dak macam ahli - ahli politik tu, ang ada 250 juta, tanah, banglo dan kereta mewah? Aku tak mintak semua tu, aku mintak supaya dipermudahkan kehidupan aku yang sementara ini, aku dah kahwin, ada anak, takkan aku nak mintak cukai mengarut kat anak bini aku untuk aku mentadbir keluarga aku, depe bantu alhamdulillah, tak bantu itu tetap tanggungjawab aku untuk bagi kemudahan, macam tu gak pemerintah, dah tanggungjawab mentadbir negara...kalau bini aku keje, aku balun duit bini aku untuk kesenangan aku,sikit je aku bagi balik untuk belanja dia hari - hari...Pemerintah pun tak patut rembat hasil titik peluh rakyat dan baki saki baki je balik, nak kaya jadi ahli perniagaan yang jujur bukan masuk politik.

Pertikaian lagi : ang tak tengok berita ka? bodo nak mampuih...tengok berita kata ekonomi malaysia baguih, KDNK pa nama tu naik, pelaburan sana sini, ada pelaburan kat Gebeng yang Lynas duk nak buat, ang gi bodoh gi bangkang buat pa, dapat duit ka?

Aku jawab lagi : memang la bagus, kalau ang jadi bos, mesti ang nak anak buah ang kata ang bagus,kalu tak kena buang keje depe nanti, belakang ang depe cakap apa tak tau la kan, janji depe masyukk!!! pelaburan tu menguntungkan sape? rakyat? tengok le projek ape, projek yang menjahanamkan tanah melayu, dan untuk orang yang dah kaya jadi bertambah kaya, rakyat tetap susah. Ang pernah dengar pepatah " indah khabar dari rupa"...aku tak dapat sekupang pun, lagi keluar duit ada la, tapi aku sayang Malaysia, aku taknak bumi aku rosak dengan kerakusan demi wang dan ringgit. Ang dah hangin satu badan ni, baik ang balik rumah, ambik wudhuk, solat sunat dua raka'at, bila dah tenang pastu ang pikir dan kaji balik dari dua sumber, sumber menyokong dan sumber menentang, baru ang boleh bagi kesimpulan atau pendirian ang k.

Pertikaian yang tak sudah- sudah?! : Pi mampos la ang punya ceramah, nak ajaq aku balik semayang, ang tu p balik ngaji sampai habih baru nak ngajaq orang. Anak haram tak ngenang budi, kalau ang tak suka ang boleh blah la, pi duk mana - mana negara, tak sedaq lagi negara dah aman...

Aku boleh gelak je la, kang aku bukak cerita teori katak rebus, lagi dia tak paham, mau berubah jadi panglima ludah pulak nanti...hahahaha

Disini peranan media mempengaruhi seseorang cukup tinggi...terpulanglah pada kome pulak nak menilai, seperti aku coretkan tadi, aku ni bodoh dan loser je...hahahaha

Gua bukan penyokong tegar pembangkang....tapi gua ABU...


Ntah le kome....