Sekiranya sesiapa tidak berpuashati dalam isi kandungan blog ini silalah layari blog lain...Tolong jangan gunakan ayat ' I change my mode' akibat marah dan melenting dengan isu yang dibangkitkan...Untuk makluman, Peze didalam blog ini adalah mamat yang poyo lagi skema dari haluan kiri...Haluan bodek membodek bukan kat sini...Kalau tak puas hati jugak buatlah blog sendiri...

Sabtu, 1 September 2012

Aku Sokong Ketelusan Pilhanraya, Peduli Hapa Kome!!


Masa aku kerja dulu, ramai kengkawan yang hentam aku sokong BERSIH, dan paham-paham la deme dari haluan mana...Cliche' punya alasan, sokong BERSIH, sokong pembangkang. Sekarang aku dah tak kerja dengan korang, suka hati mak bapak aku la nak sokong ke tak...

YANG PENTING KENA FAHAM MANA SATU SOKONG PARTI POLITIK DAN MANA SATU SOKONG GERAKAN UMUM!

Isunya sekarang ABU! Asalkan Bukan Umno...Pakatan Rakyat kalau dapat mandat dan buat taik tahap BN jugak, sorilah aku nak sokong jugak sampai mati...sebab Pemerintah wajib menjaga hak rakyat bukannya cabul hak rakyatnya....


Aku Sudah Gemok Dan Taknak Bukak MukaBuku

Tolong tak larat nak makan kuih dan nasi impit dah....


Akibat banyak makan dan berhibernasi seperti beruang kutub, kegemokkan dan keboyotan aku begitu teserlah. Ah, perlu bersenam ni, nantilah kot? nak layan tidor dulu...



Maaf, walaupun Facebook penting, bagi aku blogging masih releven...not 7even Eleven...( Dengki tengok semua upload gambor Beraya, busuk punya Peze!)








Raya and Beyond

Biasalah lepas kehangatan Lebaran, poket kosong, perut sengkak dan nak tengok makanan pun nak muntah... cliche'  semua tu....

Selama kira - kira 15 tahun (kot?) aku dah stop terima duit raya sebab udah bangka, tahun ni sebagai penggangur terhormat telah mendapat duit Raya Bhai!heheheh...
Muula - mula malu jugak tapi rezki Allah Swt, terima je lah...

Raya tahun ni aku sangat - sangat bersederhana dan melalui sumbangan yang diberikan oleh kekanda - kekandaku (terima kasih), bolehlah aku bersama keluarga beraya di Center of Bolehland... lebih tepat lagi  di Putrajaya. Cuma timbul satu persoalan dalam kepala lutut aku...Putrajaya ni pusat Kerajaan Persekutuan atau Negeri baru yang digelar Negeri Dacing? Maaflah aku ni kurang pandai, maklumlah kerja di pejabat pos dulu asyik 'shortage' duit je...

Pagi ini dan besok saja hari bermalas - malasan aku (dari entri yang aku update) , lusa kena kerja kontrak/buruh sambil belajar jadi taukeh...yang penting aku gembira dan dapat tuntut ilmu baru. Yang pasti aku bukan jenis kerja dalam pejabat bawah air cond.
Aku nak lawan kouta dan dominasi mat - mat Indon yang selama ini PERKASA dan segala mak nenek NGO melayu tak ambik port.hahahaha...
 ..aku dengan prinsip working class aku...nak kaya? tak salah dan di alu -alukan, jangan ikut kepala hotak kapitalis sudey...


Sambil memburuh sambil melayan lagu senandung buruh kasar :

Kredit untuk abang aku Mohammad Zamzuri Bin Zainuddin,
diantara manusia yang membina Jambatan Pulau Pinang.

Lihatlah bangunan yang tinggi mengawan
Menghiasi kotaraya
Menjadi kemegahan dari zaman ke zaman
Kejayaan negara

Pandanglah aku yang bermandi keringat
Di bawah terik mentari
Bekerja dengan menghempas tulang
Mencari nafkah sehari

Aku hanyalah seorang buruh kasar
Di tengah kota besar turut merasa bangga
Kerana telah berjasa

Kerana tanpa kami tak mungkin terlaksana
Sebuah kota yang menjadi
Impian sezaman

Cukup hidup sederhana
Sedang bekerja, haaa..
Bisa bernyanyi, ketawa dan bersenda



Janji Dicapati Pezal datang Kembali

Lama tak menulis,

Janji dicapati, gua blah awal sebab lu orang tak bagi wa punya bonus dan gaji,
kawan - kawan ugut tak mau kawan lagi kalau wa blah dari pos tempohari,
lu orang bukan support wa punya anak bini, lu orang bukan tuhan tentukan wa punya rezki,
wa tolong lu, wa tak minta simpati,wa ingat nak baiki diri,
lepas ni gua boleh hentam sesuka hati, dasar kapitalis perosak harga diri,
wa nak pakai kuning,merah jambu atau segala warna warni,
kepada yang baca dan berhutang dengan wa, wa halalkan,
dan gua hutang lu orang jangan lupa mintak balik,wa bayar balik nanti,

Selamat Menyambut Hari Tidor Tengahari yang ke 55!

Wa harap, lebih progresif menulis kembali selepas ini...


(Entry yang lepas - lepas wa KIV sebab wa baru nak settle down di JB)