Gila ding dong ah, rasa macam dulu - dulu. BEBAS!...bebas dari segala tekanan, pada mula serabut bagai, aku lupa pada DIA yang sentiasa memerhati aku, adoi, malu weh sebab aku selamber je buat bodo denganNYA. Hambik ubat,segala nikmat yang diberi dah ditarik akibat sifat jahiliyah aku. Alhamdulillah,roh aku masih di bersama jasad, DIA bagi peluang untuk aku memperbaiki diri aku yang selama ini jauh ke laut dalam sesatnya. Walaupun aku BEBAS, tak bermaksud aku boleh menjadi seperti ahli Parlimen Gua Musang atau Kulim...kahkahkah...aku tetap ada pendirian dan tanggungjawab, mana boleh biar dan tinggalkan tanggungjawab dan amanh macam tu je beb, kira tak ikut jugalah ajaran THE MIGHTY ONE.
Dengan kesempatan yang ALLAH SWT bagi ni, takkan aku nak sia-siakan lagi...jadi kepada pelawat blog aku, terutama kengkawan dan saudara aku,terima kasih di atas sokongan dan dorongan lu orang semua. Mohon maaf di atas "kedegilan" aku...aku tekad dan aku yakin dengan keputusan yang aku buat...aku harap tak lari la aku punya niat kerana mencari keredhaanNYA. Lu orang semua doakan aku supaya jangan jadi mengarut balik dan terus lemas dalam lautan kesesatan..chewah! macam gampang skemanya.....apa pun itu yang aku takut sekali yo, lupa DIA lupa diri sebenarnya diberi pinjaman je!..hahaha...
Bukan tapak kaki aku, gila ah, sampai kesini nak bawak dirinya,...kahkahkah. |
Aku umpama debu di pandang pasir yang maha luas, namun aku tetap diberi peluang untuk memperbaiki diri, sekurang - kurangnya sebelum aku bertemu denganNYA, dan aku tidak mahu berada di dalam golongan yang dimurkaiNYA....
Ralat : sekiranya entry ni diupdate tapi tiada lagi gambor yang dijanjikan pada entry sebelum ni, mohon maaf yo! kendian aku masukkan. (dalam fb dah ade sebenornya...same je..hahaha...alasan malas)