Sekiranya sesiapa tidak berpuashati dalam isi kandungan blog ini silalah layari blog lain...Tolong jangan gunakan ayat ' I change my mode' akibat marah dan melenting dengan isu yang dibangkitkan...Untuk makluman, Peze didalam blog ini adalah mamat yang poyo lagi skema dari haluan kiri...Haluan bodek membodek bukan kat sini...Kalau tak puas hati jugak buatlah blog sendiri...

Ahad, 26 Februari 2012

Alam Sekitar Dan Aku



Aku sayang bumi ciptaan Allah s.w.t.,aku bersyukur dijadikan khalifah di muka bumi ini...

Aku tak suka negara aku jadi tempat pembuangan sisa - sisa yang boleh menjahanamkan generasi akan datang...aku sayang Malaysia..aku turut tentang isu Lynas,jadi...

Adakah aku?

a. Penyokong tegar pembangkang

b. Dijadikan kambing hitam atau diupah oleh "pihak tertentu"

c. Bodoh dan tak mahu mengkaji kebaikan sebenarnya projek Lynas tersebut

d. Anti Pembangunan dan Anti Kapitalis

e. Dengki sebab projek tu tak buat dekat belakang rumah aku di Kampung Chepor

f. Manusia biasa yang sangat takut akan kerosakan yang dilakukan oleh manusia, kemudian akan menjadi bala bencana kerana memikirkan wang ringgit dan kekayaan sementara

Ini kira atas kebodohan dan kenaifan aku sendiri yang menentang isu ini,aku tak perlu jadi bijak pandai untuk melihat apa yang tersirat dari projek yang tak mendatangkan kebaikan pada ekonomi Malaysia pun, banyak projek lain yang boleh buat...sebab yang untung bukan warga marhaen....

Dalam konteks ini aku lebih suka mengambil pepatah tua yang mengatakan "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"...

Walaupun secara tidak sedar, hidup di akhir zaman ini manusia sering berkiblatkan WANG tanpa peduli kesannya kemudian hari...Janji Masyukkk!!!!


Ntah le kome...



Liverpool Dan Aku



Aku pun tak tahu macamana aku boleh minat pada team Liverpool

Celik je mata kat dunia ni,aku disurahkan dengan kehebatan Pengurus Bob Paisley, kehebatan Kenny Dalglish memakai jersi no 7nya....dan masa aku kecil dulu,aku minat dengan penyerang yang bermisai ala hero cerita Magnum P.I zaman 80an dulu,pakcik Ian Rush....tapi malangnya masa aku minat team Liverpool ni,ianya dah mengalami zaman kejatuhan...

Aku try gak untuk minat team lain,tapi tak boleh...Manchester United lagi aku tak boleh nak minat,tak tau la,padahal zaman kegemilangan Red Devil dah bermula...mungkin "Curse of Kopites" kot...hahaha...

Apapun malam ni perlawanan akhir Carling Cup menentang Cardiff City,adakah ini akan menjadi permulaan kegemilangan sepertimana era Bob Paisley ataupun tidak...tunggu dan lihat...



Ntah le kome... 
  

Kapitalis Penjual Agama


Pada suatu hari yang hampeh!

Aku           : Alat tulis kalau beli boleh tuntut tak?

Kewangan : tak boleh,sebab ada dalam senarai borang permintaan pejabat,sebarang tuntutan takkan dilayan

Aku           : tapi dah mohon,kenapa tak dapat lagi

Kewangan : maaf,stok dah habis,peruntukkan dah takde,sekarang ni syarikat tengah buat 'cut cost'...

Aku           : habis tu,macam mana?

Kewangan : gunalah duit sendiri....

Aku           : susahlah macam tu...gaji saya pun bukan besar sangat nak sediakan kelengkapan asas dipejabat ni                        


Kewangan : Anggaplah itu satu ibadah,kita kerja kerana Allah s.w.t...lagipun besar pahala bekorban untuk syarikat

Aku          : Chantek!!!

Itu salah satu contoh perkara yang aku hadapi seharian di tempat kerja aku. Manusia ditekan dengan sistem kapitalisma ditambah pulak dengan menjual agama demi kepentingan puak kapitalisma. Memang betul kita bekerja keranaNya...khalas,tapi lihat bagaimana sistem kapitalis ini bermain dengan agama...terutama yang beragama Islam...jadi binggung dan terkedu apabila dimainkan dengan sentimen agama....

tak faham lagi?...ntahle kome...