Sekiranya sesiapa tidak berpuashati dalam isi kandungan blog ini silalah layari blog lain...Tolong jangan gunakan ayat ' I change my mode' akibat marah dan melenting dengan isu yang dibangkitkan...Untuk makluman, Peze didalam blog ini adalah mamat yang poyo lagi skema dari haluan kiri...Haluan bodek membodek bukan kat sini...Kalau tak puas hati jugak buatlah blog sendiri...

Rabu, 29 Februari 2012

Majikan, Pelanggan Dan Aku


Sekadar gambar hiasan, sebab di pejabat aku boleh sesuka hati nak beratur macamana, bukan satu barisan macam di atas ataupun perlu menjadi ahli Barisan Nasional,asalkan urusan boleh selesai...CHANTEK!!!


Gambar sebenar tidak dapat dirakam kerana ketika aku ingin update blog ni,tiada awek - awek yang beratur,kesemuanya abang - abang dan pakcik - pakcik kolar hijau yo! aku nak blog aku macam majalah mangga...gambor awek seksi,baru ramai orang nak baca...hahaha 

_______________________________________________________

Aku dulu suka melompat kerja ( bukan melompat parti a.k.a al - kataki )...dari satu kerja ke satu kerja yang lain. Mungkin jiwa muda memberontak bosan dengan satu kerja yang statik, tambahan pulak aku tak fikir langsung aku boleh bekerjaya seperti sekarang, fikir nak main je!

Di tempat aku bekerja sekarang, aku sebagai pengurus pejabat...TERBAIK, aku juga mewakili kaum tahan maki iaitu ' front liners'...TIADA MASALAH...aku turut mewakili orang - orang berumur yang kebiasaan kita lihat makcik - makcik yang lebih dikenali dengan panggilan manja iaitu makcik cleaner...OK JE...pendek kata 'One Man Office'...yeha, the one and only! takde hal punya....


Aku cuma tak tahan dengan kata - kata dari pelanggan yang memperlekehkan majikan aku...depe nak maki aku slow ke, sombong ke, pemalas ke atau sewaktu dengannya aku boleh tahan beb...tapi kalau depe kata :


" Kesian kamu kena kerja sorang - sorang,orang atas taknak tambah kakitangan ke?"....aku dah merah telinga

"Ada kerja kosong tak kat pejabat ni, saya nak apply kerja kat sini boleh?"...yang ni tengok gak,kalau yang tanya awek cun,aku kurang marah...cuma geram sebab aku tak boleh nak bagi dia kerja dengan aku...

" Jenuh le kamu, kalau nak terberak ke atau terkencing ke...tinggal sorang - sorang je...kalau masa sibuk macamana la yek?"...yang ni aku rasa nak potong buah pinggang dia kalau aku kena batu karang atau sakit buah pinggang sebab banyak tahan kencing layan depe

" Pengurusan kamu tak tahu ke yang pejabat ni sibuk, mana boleh kamu kerja sorang - sorang"...ni lagi satu yang aku hangin satu badan, dia tak tahu yang bos aku tak tidur malam macamana nak bagi untung dan tak payah tambah kakitangan kat pejabat aku ni...

Kesimpulannya disini,bak kata pepatah aku menyatakan "duit di tangan hendak ditambah,nasib pekerja buat tak endah"

Aku tak boleh nak komplen lebih, nanti kata aku tak bersyukur pulak...petikan di atas bukan AKU yang cakap, orang yang melihat dan memahami yang cakap ( dan kebanyakan mereka lebih ikhlas dari surat ucapan tahniah sebagai pengurus cawangan yang aku terima dari pihak atasan )...jadi...betul kata otai - otai sebelum aku dulu...Pakai Otak Sendiri... jadi lu orang - orang BESAR mau ubah mentaliti kami di bawah, lu orang ubah lu punya mentaliti dulu...jangan jadi hamba duit semata,untung nak berjuta, modal nak beringgit...


Ntah le kome...

Selasa, 28 Februari 2012

Mat Salleh Cakap Melayu


Hayati apa yang diperkatakan oleh beliau....




Kemudian guna la akal fikiran sendiri untuk berfikir...

MAKLUMAN PENTING

Rancangan ini ditaja khas oleh syarikat Kilang Kicap Ah Seng yang dikatakan cemburu dengan Lynas kerana sepatutnya Syarikat Kilang Kicap Ah Seng yang layak buka kilang di Gebeng dahulu...

Pada pandangan aku mungkin Kilang Kicap Ah Seng tak pandai kau-tim,ataupun bayar ciput je pada orang besar jajahan Pahang...hahaha

Kira ok la masih boleh buka kilang kecil kat kawasan Bercham....merasa la aku kerja part time zaman sekolah dulu dalam seminggu...hahahaha


Ntah le kome...

Isnin, 27 Februari 2012

Piala Liga Carling Dan Aku


Tahniah Cardiff City!......

Walaupun Liverpool yang menang,tapi semangat juang dari Cardiff yang membuatkan aku rasa hormat pada team dari  Npower Championship League ( Div 1 )....takkan mengalah walau di saat akhir, dan berjaya membuatkan aku  hampir terkincit...hahaha

Apepun aku terhibur dengan edisi Piala Liga Carling Cup tahun ini....Liverpool masih jauh lagi untuk menyaingi Top 4.....

Cuma aku pelik sangat satu je sebagai peminat Liverpool, Jordan Henderson tu ada kaitan darah dengan King Kenny ke atau KK terkena nasi kangkang dengan budak tu, setiap kali main mesti ada dalam First Eleven,main dah la tahap Div 1...Ni nak kena gi Melwood siasat tengok ni...mana tau kalau aku bagi nasi kangkang kat Kenny,dapat main untuk Liverpool...hahahaha

Keputusan Masa Penuh :  Liverpool 2 - Cardiff City 2

Kemenangan Mengikut Sepakan Penalti : Liverpool 3 - Cardiff 2

Perkara menarik sepanjang perlawanan  : Steven Gerrard vs sepupunya Anthony Gerrard dan keduanya tak score gol masa sepakan penalti

                                                             : Kepala pengadil kena rembat..hahahaha...epic...
                   

                                                             : Penyokong Liverpool dua kali hampir "terkincit"...masa Cardiff jaringkan gol penyamaan di minit - minit akhir masa tambahan dan sepakan penalti pertama oleh Gerrard ditepis oleh penjaga gol Cardiff

                                                             : semangat juang dari team The Blue Bird

Perkara yang aku menyampah                : Muka Taukeh Judi tu....

Ahad, 26 Februari 2012

Alam Sekitar Dan Aku



Aku sayang bumi ciptaan Allah s.w.t.,aku bersyukur dijadikan khalifah di muka bumi ini...

Aku tak suka negara aku jadi tempat pembuangan sisa - sisa yang boleh menjahanamkan generasi akan datang...aku sayang Malaysia..aku turut tentang isu Lynas,jadi...

Adakah aku?

a. Penyokong tegar pembangkang

b. Dijadikan kambing hitam atau diupah oleh "pihak tertentu"

c. Bodoh dan tak mahu mengkaji kebaikan sebenarnya projek Lynas tersebut

d. Anti Pembangunan dan Anti Kapitalis

e. Dengki sebab projek tu tak buat dekat belakang rumah aku di Kampung Chepor

f. Manusia biasa yang sangat takut akan kerosakan yang dilakukan oleh manusia, kemudian akan menjadi bala bencana kerana memikirkan wang ringgit dan kekayaan sementara

Ini kira atas kebodohan dan kenaifan aku sendiri yang menentang isu ini,aku tak perlu jadi bijak pandai untuk melihat apa yang tersirat dari projek yang tak mendatangkan kebaikan pada ekonomi Malaysia pun, banyak projek lain yang boleh buat...sebab yang untung bukan warga marhaen....

Dalam konteks ini aku lebih suka mengambil pepatah tua yang mengatakan "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"...

Walaupun secara tidak sedar, hidup di akhir zaman ini manusia sering berkiblatkan WANG tanpa peduli kesannya kemudian hari...Janji Masyukkk!!!!


Ntah le kome...



Liverpool Dan Aku



Aku pun tak tahu macamana aku boleh minat pada team Liverpool

Celik je mata kat dunia ni,aku disurahkan dengan kehebatan Pengurus Bob Paisley, kehebatan Kenny Dalglish memakai jersi no 7nya....dan masa aku kecil dulu,aku minat dengan penyerang yang bermisai ala hero cerita Magnum P.I zaman 80an dulu,pakcik Ian Rush....tapi malangnya masa aku minat team Liverpool ni,ianya dah mengalami zaman kejatuhan...

Aku try gak untuk minat team lain,tapi tak boleh...Manchester United lagi aku tak boleh nak minat,tak tau la,padahal zaman kegemilangan Red Devil dah bermula...mungkin "Curse of Kopites" kot...hahaha...

Apapun malam ni perlawanan akhir Carling Cup menentang Cardiff City,adakah ini akan menjadi permulaan kegemilangan sepertimana era Bob Paisley ataupun tidak...tunggu dan lihat...



Ntah le kome... 
  

Kapitalis Penjual Agama


Pada suatu hari yang hampeh!

Aku           : Alat tulis kalau beli boleh tuntut tak?

Kewangan : tak boleh,sebab ada dalam senarai borang permintaan pejabat,sebarang tuntutan takkan dilayan

Aku           : tapi dah mohon,kenapa tak dapat lagi

Kewangan : maaf,stok dah habis,peruntukkan dah takde,sekarang ni syarikat tengah buat 'cut cost'...

Aku           : habis tu,macam mana?

Kewangan : gunalah duit sendiri....

Aku           : susahlah macam tu...gaji saya pun bukan besar sangat nak sediakan kelengkapan asas dipejabat ni                        


Kewangan : Anggaplah itu satu ibadah,kita kerja kerana Allah s.w.t...lagipun besar pahala bekorban untuk syarikat

Aku          : Chantek!!!

Itu salah satu contoh perkara yang aku hadapi seharian di tempat kerja aku. Manusia ditekan dengan sistem kapitalisma ditambah pulak dengan menjual agama demi kepentingan puak kapitalisma. Memang betul kita bekerja keranaNya...khalas,tapi lihat bagaimana sistem kapitalis ini bermain dengan agama...terutama yang beragama Islam...jadi binggung dan terkedu apabila dimainkan dengan sentimen agama....

tak faham lagi?...ntahle kome...

Sabtu, 25 Februari 2012