Sekiranya sesiapa tidak berpuashati dalam isi kandungan blog ini silalah layari blog lain...Tolong jangan gunakan ayat ' I change my mode' akibat marah dan melenting dengan isu yang dibangkitkan...Untuk makluman, Peze didalam blog ini adalah mamat yang poyo lagi skema dari haluan kiri...Haluan bodek membodek bukan kat sini...Kalau tak puas hati jugak buatlah blog sendiri...

Selasa, 10 April 2012

DEmo....Demo?....Demo!!!!

"Wah, wah, wah, kemain mike, seghonok sangat ke pegi berdemo tuh? bape deme mbayo mike? Duk ghomah lagi elok le daghi gi bedemo tuh, buang mase dan tenage je!...."


Jawab aku, "Tak ngape awok minat gi berdemo, buang mase dan tenage awok, daghi awok minat gi ke danok ato ke betong, mcaghi betine, lagi burok kelaku, silap - silap balik mbawak penyakit,mintak simpang sior kome!, burok - burok awok, bior burok bdemo daghi burok mcaghi betine!"


"Ai, mike ngate teman ke?,sok elok buleh gi berdemo, nanti tak buleh gi pulok, bedamo teman kojekan..."


Jawab aku lagi, "Ate, mike mule dulu, awok idok ngusik pun mike, selame ni mike kesane idok pun awok campor, benci dalam hati jer, selemah - lemah iman awok..."


Kemudian, tersipu - sipulah malu le dia...

Malangnya insiden tersebut tidak ada adegan pergaduhan ala - ala filem tamil, sebalinya disudahi dengan bersalaman, dalam hati dia tak tau lah aku, aku takde simpan perasaan busuk apa - apa terhadap dia,siapa suruh dia cari pasal dulu dengan aku...hahaha


Berdemonstrasi, aku ambil dua petikan tentang pendapat mereka yang menentang dan menggalak budaya berdemo ini.



"Ia (demonstrasi jalanan) bukan budaya kita. Bagaimana anda hendak membentuk sebuah kerajaan dengan bertindak di jalan raya. Jika mereka (pembangkang) sendiri menggalakkan demonstrasi jalanan, macam mana pula mereka hendak mentadbir negeri."...Tun Dr Mahathir Mohamed.

"Terus jadikan budaya demonstrasi budaya kita"...Hishamuddin Rais.


Pada pandangan aku, berdemo ini adalah jalan terakhir 'last resort' sekiranya mana - mana pihak pemerintah yang tidak memperdulikan hak rakyatnya, dan bagi aku tak kiralah Barisan nasional ke, Pakatan Rakyat ke, selagi atas dasar politik melibatkan hak rakyat yang tidak diendahkan selagi itulah aku menyokong budaya berdemo ini.



Satu isu demo yang aku minat selain Bersih 3.0, ialah Demo Mansuhkan PTPTN, aku follow isu ini dengan penuh minat, kerana aku juga mengharapkan pendidikan percuma akan dapat dilaksanakan di Malaysia. Para politikus boleh bersilat lidah dengan isu ini, dengan menyatakan bahawa negara akan bangkrap, daya saing akan menurun dan merapu sebagainya. Sebagai bukti karut marut ahli - ahli politikus yang bodoh dan ingin terus membodohkan mahasiswa/siswi dan masyarakat, bagaimana hutang ahli perniagaan boleh dilangsaikan begitu sahaja...sila baca disini...Takkanlah hutang para pelajar tidak boleh dilangsaikan dan dimansuhkan skim PTPTN. Itu belum campur salahguna wang rakyat untuk menyambut pertunangan dan harijadi lagi. Banyak kepincangan yang terang - terangan boleh dilihat, tapi masih boleh menebal muka bersilat lidah menegakkan benang yang basah.

Aku lihat ramai kawan - kawan aku yang mempunyai kelulusan dan tidak memilih kerja terpaksa membayar hutang PTPTN. Gaji kecil, tahap SPM, bayar hutang Diploma dan Ijazah, kalau tak kerja hutang tetap kena bayar, kalau nak cari kerja yang setimpal dengan kelulusan, agak payah, nanti pak menteri kata memilih kerja la, apa la. Rasionalnya disini, kalau la tiada kerja yang setimpal dengan kelulusan akibat faktor ekonomi (baca : kata Pak Menteri) sekurang - kurangnya jika pendidikan percuma diberikan, tiada hutang perlu dibayar oleh mereka. Persoalan bodoh, "kalau free senang la, aku pun nak sambung belajar, lepas tu dapat jadi pegawai, siapa nak jadi kuli?"...Free memang free bhai, tapi lu boleh score ke, lu ingat UPSR, kalau majoriti dapat 79%, markah tu jadi A+. Standard Universiti mestilah dijaga walaupun percuma bhai!

Bagi aku ini bukan isu politik mainan Pakatan Rakyat, ini adalah disebabkan kesedaran rakyat itu sendiri terutama Mahasiswa/siswi, isu ini diangkat oleh ahli politik pembangkang untuk memudahkan menawan Putrajaya, ini adalah realpolitik. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah bagi menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya tidak kira siapa pemerintah tersebut, jadi kepada kengkawan aku yang berhutang dengan PTPTN, turunlah beramai - ramai sabagai tanda setiakawan dan sokongan untuk mansuhkan skim lintah darat berlesen ini.

ABU weh! ABU!