Kalau aku nak bukak surah/blog politik...udah bersepah...kalau sokong BN ada papagomo dan parpukari, kalau sokong PR ada tukar tiub dan ikutsukaaku dan banyak lagi lah, aku tak minat nak hentam menghentam orang ni, baca blog diorang dan aku terima/tolak sendiri dahlah. Masing - masing punya pendirian.
Aku cadang nak menjelajah bersama PS sayangku (bukan game ok, kenderaan)...bawak kamera cap ayam aku, tangkap gambo pejabat mana atau tempat yang aku pernah berkhidmat dulu (rumah urut tiada dalam senarai, sorry yo!)
Tujuan : bagi aku sedor diri,jangan asyik nak merungut kerja susah bagai, dan back track balik ape yang aku dah lakukan sebelum ni terutama dalam kerjaya aku untuk disampah sarapkan di alam maya ini.
Cerita selingan tetap ada, politik - politik ringan, sukan semasa, (LIVERPOOL bukan LIVERFOOL)...Cuma gosip - gosip dunia artis memang aku paling tak minat. Cari sumber lain kalau korang nak tau pasai Justin Bieber dah akil baligh ke belum ke, Lisa Surihani nak anak berapa ke, dan semasa dengannya.
Jadi, langkah seterusnya aku nak meng'overhaul'kan PS aku supaya boleh bergerak jauh dan kalau boleh sampai Johor Bahru sebab aku pernah berkelana ke sana kejap
aku nak kongsi klip di bawah, tentang kehidupan dari perspektif anak muda yang merantau...aku rasa dia boleh ganti arwah Yasmin Ahmad dengan kreativiti beliau membuka minda semua orang.......................kalau dia tak kena saman la dengan KRU pasal klip "rant on lagu melayu" nya hahaha,
mempersembahkan MatLuthfi.......LALANG
ini bukan video bodek atau merepek
ntah le kome...