dunia ini akhirnya adalah milik kamu !”
― Hishamuddin Rais
1984, Projek Asian Rare Earth Bukit Merah, Perak
Ketika projek ini bermula, aku masih berbolen bermain dengan kawan - kawan di kawasan setinggan D aku, paling jauh aku "merantau" ke reban ayam rumah Din Kuda...tapi bukan aku nak cerita tentang kecomelan aku berbolen dan membuat gadis - gadis sebaya dengan aku ketika itu cair melihat aku yang seksi, tapi ingin berkongsi nasib kanak - kanak yang sebaya aku di Bukit Merah yang lebih malang dari aku. Aku menganggap akulah kanak - kanak yang paling malang disebabkan kedaifan keluarga aku semasa kecil, tetapi ada yang jauh lebih malang dari kedaifan, iaitu kesan radioaktif. Aku amat berterima kasih kepada media yang "mengajar dan mempengaruhi" aku bahawa bahan radioaktif ini cool dan hebat seperti dalam kartun " Teenage Mutant Ninja Turtle " dan sekiranya kalau aku tahu ada Projek ARE di Bukit Merah dulu, mungkin aku akan menipu arwah orang tua aku, dan mengajak rakan sekomplot aku ke sana dengan berbasikal chopper demi mendapatkan power untuk menjadi super mutant tetapi realitinya tidak sama sekali....
Segala cerita bergambar dan kronologi kita dapat dalam blog tersebut untuk dikongsi bersama
http://semutmalaysia.blogspot.com/2012/02/cerita-dan-gambar-gambar-kegagalan.html
Walaupun kes tersebut menang di Mahkamah Tinggi Ipoh, dan menutup sepenuhnya pada 1994, namun kesan pada rakyat lebih parah. Aku harap perkara tersebut tidak akan berulang di Gebeng, Pahang. Aku bantah LYNAS atas dasar kemanusiaan, jadi harapan aku supaya projek seperti ini tidak akan wujud di Malaysia lagi.
terima kasih kepada blog semutmalaysia dan blog tukartiub
ntah le kome...