Sebelas kali
piston 'Jammed' pergi dan balik. Secara keseluruhan amat puas hati. Terima kasih kepada abang Ipin dan abang Key El. Tanpa korang, lambat la
'masak' piston aku.
|
Gambar tersebut hanya gossip liar, vespa aku bukan cantik macam ni |
Malam Selasa :
Pada mulanya tak merancang akan bawak vespa aku, di atas sebab - sebab masalah teknikal yang belum dibaik pulih lagi. Memandangkan Abang Pin tetap nak ke Vespa Empire dengan menaiki motorsikal sahaja, aku dan Abang Pin bertungkus lumus sampai pukul 11 malam untuk menyiapkan vespa aku. Dalam hati aku "kerja gila namanya ni"...
Rabu 7.45 pagi :
Gerak dari rumah Abang Pin di Taman Jati, Abang Pin memilih untuk bawak
LC135nya untuk memudahkan proses menolak vespa aku sekiranya terjadi sebarang masalah teknikal (tapi aku yakin dengan
skill Abang Pin sebagai
Mechanic Vespa mungkin takkan sampai kes menolak). Selepas Masuk Lebuhraya
Jammed buat ketiga kalinya (pertama dan kedua masa aku bawak balik dari rumah Abang Pin malam Selasa tu).
Setting dan terus
setting karburatornya, sampailah ke Hentian Simpang Pulai.(selepas dua kali
jammed di susur keluar Ipoh Utara a.k.a Gunung Lang dan susur Tambun)
8.20 pagi :
Aku buat lawak di R&R Simpang Pulai
Aku "Abg Pin,campur 2T dua botol ya?"...
Abg Pin "Ha'ah, dua botol"...
Lepas tu aku bantai dua liter (aku buh 2T dalam dua botol,setiap botol seliter), padahal ada botol kecik dalam 383ml sebagai sukatan bancuhan 2T. Hambik kau, asap vespa aku macam asap orang sembur nyamuk Aedes jer...hahahaha! Tapi kebaikannya, piston
konfirm takkan
jammed,cuma sebu la membawaknya.
10.30 pagi :
Nak singgah R&R Ulu Bernam untuk isi minyak, sekali stesennya tengah
renovate. Teruskan perjalanan elok sampai
area Rawang, vespa aku habis minyak. Nasib baik arah bertentangan ada R&R Rawang dan ada Petronas. Kes aku bancuh dua liter 2T pun terkantoi la, bantai la deme gelakkan aku...hahaha...dan isi minyak dan teruskan perjalanan.
11.20 pagi :
Terlajak ke R&R jejantas Sungai Buloh, disebabkan takut habis minyak lagi, sepatutnya boleh keluar pada
exit sebelum tu, jadi kami keluar kat
exit Jalan Duta dan patah balik untuk ke Gombak.
12.15 tengahari :
Singgah kat area Gombak (depan
greenwood bundle tak salah aku), pekena nasi dulu,udah bergegor perut atas motor tadi. Seperti biasa hantor
report pada Mem. Mencekik baik punya, nasi putih, keli bakor,pajeri terung dan gulai rebung.
12.30 tengahari :
Sampai kat kedai
Vespa Empire tokeynya menurut Abang Pin adalah anak Dato' yang bernama Haikal dan sub
tokey bernama Amer. Bagi kaki - kaki vespa, nama mereka bertiga memang tak perlu diperkenalkan lagi, sebab setiap
event dan
jambori mesti ada terutama Abang Pin yang memang
hardcore dengan dunia vespa.
Tukar dan tambah
part ape yang patut, sehingga rabak jugak lah poket aku, kerana terlalu rambang mata dengan segala benda yang ada di kedai VE. Setelah melepak kira kira empat jam, kami pun nak berangkat pulang.
4.20 petang :
Bertolak pulang dari VE, isi minyak di Petronas dekat dengan Balai Polis Gombak. Seperti biasa buat permulaan di lebuhraya, yezzaaa! jammed lagi dan lagi dan lagi sehingga jumlahnya sebelas kali dari mula keluar vespa aku pada malam selasa
.
6.30 petang :
Isi minyak dan rehat di R&R Rawang, hingga ke
next pit stop di R&R Tapah.
7.40 malam :
Aku perasan yang lampu aku tak menyala, kat
area Ladang Bikam berhenti sekejap kemudian
check, kami agak
coil dalam dah
blow, dan sebelum kami bertolak pun kemungkinan masalah besar pada
magnet dan
coil. Teruskan juga, sampai Tapah dan isi minyak, kemudian meneruskan perjalanan balik.
8.45 malam :
Sampai di Medan Selera Meru Raya, makan malam dengan deme sebelum berangkat pulang, nasi gorengnya kureng di sini, aku tak syorkan makan di sini, sori
brader tokey kedai. Lepas makan
call Mem suh suluhkan jalan dengan Kelisanya untuk aku sampai ke rumah. Penat dan tidoq la....
* Gambor ada satu jer, masa tu pun sangkut di
highway masa balik, gambor peti
vespa je pun aku hambik..kahkahkah!
* Amer VE ade tangkap gambor, masuk Facebooknya gambor Abang Pin, Abang Key El, dan mungkin aku dan vespa aku. (sipi - sipi kot)
*Kebiasaan untuk
'running in' kenderaan, tak boleh bawak laju - laju, dalam 60 ke 70 km/j sahaja, tapi aku bantai 120 - 130 km/j, mane tak
jammed,
full throttle mustilah jammed...hahaha!
*Ketika kawasan Acheh dilanda gempa dan kesan gegaran dirasai di Malaysia dalam jam 4.40 petang(lebih kurang), aku tak perasan langsung, mungkin sebab tengah bawak motor dan vespa aku ni pun boleh tahan gegornya.
Alhamudillah, selamat sampai dan pulang, secara keseluruhan amat puas hati dengan hasil kerja Abang Pin, dan reputasinya dalam dunia Vespa di Malaysia memang tak boleh disangkal lagi. Exzos kotak je aku guna, tak masuk
mallossi aku lagi, kalau tak mau boleh pergi 140 - 150 km/j. Aku bukan jiwa kelajuan, tapi untuk
join konvoi atau jambori, kelajuan amat penting bagi mengelakkan tertinggal di belakang makan asap 2T.
Lepas ni kita
follow isu Bersih 3.0 pulak...28/04/2012 mari meriahkan Dataran Merdeka!