Sekiranya sesiapa tidak berpuashati dalam isi kandungan blog ini silalah layari blog lain...Tolong jangan gunakan ayat ' I change my mode' akibat marah dan melenting dengan isu yang dibangkitkan...Untuk makluman, Peze didalam blog ini adalah mamat yang poyo lagi skema dari haluan kiri...Haluan bodek membodek bukan kat sini...Kalau tak puas hati jugak buatlah blog sendiri...

Ahad, 26 Februari 2012

Alam Sekitar Dan Aku



Aku sayang bumi ciptaan Allah s.w.t.,aku bersyukur dijadikan khalifah di muka bumi ini...

Aku tak suka negara aku jadi tempat pembuangan sisa - sisa yang boleh menjahanamkan generasi akan datang...aku sayang Malaysia..aku turut tentang isu Lynas,jadi...

Adakah aku?

a. Penyokong tegar pembangkang

b. Dijadikan kambing hitam atau diupah oleh "pihak tertentu"

c. Bodoh dan tak mahu mengkaji kebaikan sebenarnya projek Lynas tersebut

d. Anti Pembangunan dan Anti Kapitalis

e. Dengki sebab projek tu tak buat dekat belakang rumah aku di Kampung Chepor

f. Manusia biasa yang sangat takut akan kerosakan yang dilakukan oleh manusia, kemudian akan menjadi bala bencana kerana memikirkan wang ringgit dan kekayaan sementara

Ini kira atas kebodohan dan kenaifan aku sendiri yang menentang isu ini,aku tak perlu jadi bijak pandai untuk melihat apa yang tersirat dari projek yang tak mendatangkan kebaikan pada ekonomi Malaysia pun, banyak projek lain yang boleh buat...sebab yang untung bukan warga marhaen....

Dalam konteks ini aku lebih suka mengambil pepatah tua yang mengatakan "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"...

Walaupun secara tidak sedar, hidup di akhir zaman ini manusia sering berkiblatkan WANG tanpa peduli kesannya kemudian hari...Janji Masyukkk!!!!


Ntah le kome...



Tiada ulasan: