Sekiranya sesiapa tidak berpuashati dalam isi kandungan blog ini silalah layari blog lain...Tolong jangan gunakan ayat ' I change my mode' akibat marah dan melenting dengan isu yang dibangkitkan...Untuk makluman, Peze didalam blog ini adalah mamat yang poyo lagi skema dari haluan kiri...Haluan bodek membodek bukan kat sini...Kalau tak puas hati jugak buatlah blog sendiri...

Sabtu, 1 September 2012

Raya and Beyond

Biasalah lepas kehangatan Lebaran, poket kosong, perut sengkak dan nak tengok makanan pun nak muntah... cliche'  semua tu....

Selama kira - kira 15 tahun (kot?) aku dah stop terima duit raya sebab udah bangka, tahun ni sebagai penggangur terhormat telah mendapat duit Raya Bhai!heheheh...
Muula - mula malu jugak tapi rezki Allah Swt, terima je lah...

Raya tahun ni aku sangat - sangat bersederhana dan melalui sumbangan yang diberikan oleh kekanda - kekandaku (terima kasih), bolehlah aku bersama keluarga beraya di Center of Bolehland... lebih tepat lagi  di Putrajaya. Cuma timbul satu persoalan dalam kepala lutut aku...Putrajaya ni pusat Kerajaan Persekutuan atau Negeri baru yang digelar Negeri Dacing? Maaflah aku ni kurang pandai, maklumlah kerja di pejabat pos dulu asyik 'shortage' duit je...

Pagi ini dan besok saja hari bermalas - malasan aku (dari entri yang aku update) , lusa kena kerja kontrak/buruh sambil belajar jadi taukeh...yang penting aku gembira dan dapat tuntut ilmu baru. Yang pasti aku bukan jenis kerja dalam pejabat bawah air cond.
Aku nak lawan kouta dan dominasi mat - mat Indon yang selama ini PERKASA dan segala mak nenek NGO melayu tak ambik port.hahahaha...
 ..aku dengan prinsip working class aku...nak kaya? tak salah dan di alu -alukan, jangan ikut kepala hotak kapitalis sudey...


Sambil memburuh sambil melayan lagu senandung buruh kasar :

Kredit untuk abang aku Mohammad Zamzuri Bin Zainuddin,
diantara manusia yang membina Jambatan Pulau Pinang.

Lihatlah bangunan yang tinggi mengawan
Menghiasi kotaraya
Menjadi kemegahan dari zaman ke zaman
Kejayaan negara

Pandanglah aku yang bermandi keringat
Di bawah terik mentari
Bekerja dengan menghempas tulang
Mencari nafkah sehari

Aku hanyalah seorang buruh kasar
Di tengah kota besar turut merasa bangga
Kerana telah berjasa

Kerana tanpa kami tak mungkin terlaksana
Sebuah kota yang menjadi
Impian sezaman

Cukup hidup sederhana
Sedang bekerja, haaa..
Bisa bernyanyi, ketawa dan bersenda



Tiada ulasan: