"Sekarang ni perempuan ke lelaki ke sama je, orang pompuan ni take for granted je sebab tu kata tak boleh nak ganti, jangan layan sangat"....
Pengurus pelat Jawa, berasal ntah dari mana, baik dengan keluarga puan sri aku, aku tak berminat tentang itu.
Puncanya begini, aku perlu bercuti untuk meluangkan masa bersama keluarga, sebagai "Lone Ranger" di pejabat, susah aku nak bercuti sebab tiada pengganti. Aku cuba bagi pandangan dan cadangan sebelum tu, haram takde feedback. Aku terpaksa juga mengambil cuti walaupun terpaksa membatalkan niat aku untuk bersiar - siar bersama Puan Sri, jadi dengan tercungap - cungap aku pergi ke pejabat pengurusan untuk mendapatkan penjelasan. Sehari sebelum aku nak bercuti, aku masih belum tahu siapa yang datang untuk ambil alih pejabat, aku call pejabat yang sepatutnya menghantar pengganti masih belum ada jawapan, ok lah, aku faham dengan situasi sekarang susah nak ada pengganti yang boleh jadi "lone ranger" macam aku. Aku bagi email, tentang cadangan aku, demi kebaikan bersama (sehingga blog ini di update tiada apa - apa tindakan susulan dari depe kecuali akan dipertimbangkan/apa yang nakditimbang entah!). Bila aku sampai ke pejabat pengurusan, dua perkara yang aku ingin tahu. Pertama, adakah aku akan terus berkerja seorang tanpa pembantu dan sekiranya tanpa pembantu. Kedua, bagaimana tentang pengganti aku sekiranya aku bercuti.
Jawapan yang aku terima adalah sangat hampeh! Walaupun aku akur dengan fakta dan data yang diberikan terutama tentang bagi mendapatkan pembantu aku yang agar mustahil, namun sikap professionalism seorang pengurus adalah GAGAL! Di sini hujah aku :
Jawapan yang aku terima adalah sangat hampeh! Walaupun aku akur dengan fakta dan data yang diberikan terutama tentang bagi mendapatkan pembantu aku yang agar mustahil, namun sikap professionalism seorang pengurus adalah GAGAL! Di sini hujah aku :
- Asas kepada Pengurus ialah URUS, kelemahan pengurusan yang amat ketara, bagaimana seorang pengurus boleh menunding jari kepada pengurusan dibawahnya dan mengeluarkan kata - kata yang aku nyatakan di mukadimah entry ni. Sepatutnya dia ambil maklumbalas aku dan membuat sesuatu bagi membolehkan operasi berjalan lancar. Sekarang ni jatuh pada bahu aku pulak nak kena bagi operasi lancar..LANCAU LA!
- Aku juga pengurus (ikut surat lantikan la, sebab aku seorang je kerja dalam pejabat), tanggungjawab aku memastikan pejabat seliaan aku beroperasi dengan sebaik mungkin, dan sekiranya aku bercuti aku perlu memastikan supaya keadaan pejabat aku amat memuaskan dan mudah untuk pengganti di pejabat aku buat kerja. Tanggungjawab pengurusan yang lebih tinggi sepatutnya provide aku dengan pengganti yang boleh menggalas tugas aku, supaya apabila aku bercuti tidak akan menggangu kelancaran operasi. Aku terpaksa mengambil inisiatif untuk melatih budak baru untuk tugas aku, yang dimana sepatutnya pihak pengurusan yang lakukan semua ini, sebab semua ini adalah ASAS, takkan nak tunggu aku nak cuti baru nak nglupor cari pengganti yang boleh buat, tak ke BANGGANG namanya.
- Sikap berjimat cermat atau bahasa perniagaannya dipanggil CUT COST demi keuntungan syarikat adalah perlu tapi takkan sampai nak hilangkan sikap kemanusiaan dalam diri. Aku faham kedudukan sebagai pengurus, pihak atasan tidak mahu alasan dan hanya hasil keuntungan yang diperlukan Sekiranya tak mencapai sasaran, alamatnya takde bonus la, dengan kata lain KAPITALISMA TELAH MEMBELI NILAI MURNI SEORANG MANUSIA! betul kata Isham Rais, aka tukar tiub, kapitalisma tidak mengenal bangsa, agama dan latarbelakang, tak kira dalam sudut mana pun boleh sistem ni mencelah, ianya akan terus mencelah, sampai aku sendiri kadang - kadang keliru diantara tuntutan agama dan tuntutan kapitalis.
Sistem pengurusan yang lemah dari segi pengurusan sumber manusia, tetapi dalam masa yang sama ingin keuntungan berlipat kali ganda adalah sistem yang paling cekai, sekiranya kome ingin menunding jari pada aku dan menyatakan aku melayu mudah lupa atau melayu banyak rungut, macamana pulak sebuah pejabat aku boleh handle sorang diri, aku tak ganggu kome nak cuti atau kome nak berjimba bersuka ria apatah lagi nak membodek kome lagi tak sior, bagi pengurusan macam kome suka le kan, CUT COST tapi nak push aku supaya promosi itu ini. Aku ada etika aku sendiri, aku jumpa kome dan minta penjelasan dimana sepatutnya kome yang bagi aku penjelasan supaya aku senang nak terangkan pada orang ramai status pejabat tempat aku bekerja sekarang dan mudah untuk aku bersedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan aku bekerja seorang diri di pejabat yang usang (kehkehkeh). Sepertimana biasa bagi menutup kelemahan sesebuah pengurusan terutama yang beragama Islam, ayat klise yang diajar ialah "kita bekerja kerana mencari keredhaan ALLAH SWT"...betul 100%, tapi jangan gunakan ayat tersebut tatkala apabila keringat diperlukan tanpa pembelaan asas. Ini adalah penyakit mental yang perlu dibuang. Kalau betul kerja keranaNya, kemudahan asas yang diberikan adalah juga keranaNya, bukan kerana nanti syarikat rugi atau tak cukup norm bagai.
Ini adalah sekecil - kecil skala permainan agama dalam kehidupan seharian, contoh besar, macam Pak Menteri kita suruh ber"wasatiyyah"...bersederhanaan, walhal dia macam mana punya belanja duit negara? jangan main ungkap jer, kalau jahil baik diam. Bagi aku kalau betul betul nak Islam, buang sistem kapitalis dan kembalikan sistem perniagaan Islam yang sebenarnya.
Aku tak pernah merungut tentang gaji, sebab aku bersyukur dengan apa yang telah ditetapkanNya, tapi aku merungut tentang kelemahan manusia dipermainkan dengan sistem yang boleh menjahanamkan nilai - nilai agama dan kemanusiaan.
Ntah le kome...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan