Sekiranya sesiapa tidak berpuashati dalam isi kandungan blog ini silalah layari blog lain...Tolong jangan gunakan ayat ' I change my mode' akibat marah dan melenting dengan isu yang dibangkitkan...Untuk makluman, Peze didalam blog ini adalah mamat yang poyo lagi skema dari haluan kiri...Haluan bodek membodek bukan kat sini...Kalau tak puas hati jugak buatlah blog sendiri...

Isnin, 12 Mac 2012

Cerita Hujung Minggu

"Wak pikul berkilo - kilo getah masa menoreh dulu Steah-dy jer, kamu baru tolak wespa udah berkerut - kerut muka, orang muda sekarang bukan macam orang muda zaman wak dulu"....sambil menghisap kretek dan "memberi sokongan mental" pada aku, tanpa cuba untuk memikul vespa aku sepertimana kenyataan dia...



Gambar hiasan penyeri blog...tapi vespa aku tahap macam ini jugak


Pagi yang hening di kawasan Pejabat Pos Ulu Kinta ahad lepas diletupkan dengan bunyi vespa semput aku, dengan harapan aku dapat pergi ke Kuale Kangsor untuk membaikpulih vespaku itu, dan seperti mana aku, "dia" turut setia dengan Pos, elok je sampai Pos Tanjung Rambutan, "dia" mengambil keputusan untuk merajuk....aku pun panik dan cuba memujuknya untuk meneruskan misi kami untuk meng"upgrade"kan "dia". Masih berdegil, "dia" tetap merajuk. 

Dengan hati yang berat aku tinggalkan "dia"....Dengan Talipon pink ditangan, aku pun menalipon kengkawan bagaimana nak memujuk"nya" dan rupanya aku kena belikan sesuatu yang baru untuk "dia". Lalu aku menalipon pulak puan pramugari supaya dapat mengambil aku dengan kadar segera. "Ah, tadi motor, sekarang perut pulak merajuk - rajuk dan merungut -rungut!"..sambil jeles melihat anak aku yang sedang nyenyak di dalam kereta bersama patung koleksi Ultramannya.

Tak boleh jadi, aku ambik keputusan nak manjakan perut aku yang dah naik lagi dua inci dan juga cuba memujuk vespaku supaya dapat meneruskan projek kami...Dengan agak kelam kabut, pramugari aku pun dengan muka yang agak kurang gula akibat keputusan veto al flip flop aku, kami pun pergi la mencari pasal di Kuala Sepetang a.k.a Port Weld untuk bertemu dengan "Mak Jah". Sampai sana aku tengok punyalah ramai, tapi takpe alang - alang dah sampai, tunggu jugak...dah sampai makanan, takkan nak bergambo pulak, mengkedarah le weh. Arwah mak aku selalu pesan, kalau makan jangan lupa baca doa dan ingat orang dibelakang, tetapi "hantu raya" mana dah masuk dalam badan aku, sampai dua pinggan mee udang aku balun!...masa nak bayar baru aku ingat pesan arwah mak aku, itu pun sebab angka mesin kira yang menyala kat kaunter pembayaran, dengan bismillah aku mengeluarkan duit dari dompet...kehkehkeh...melantak tak ingat, bayar je lah!...



sekadar gambar hiasan, aku takde masa nak nangkap gambo makanan eh



Cadang nak bawak pramugari dan anak jalan - jalan ke Zoo Taiping, hujan tidak mengizinkan, jadi siar - sair dalam kereta je lah...kami lihat banyak jurufoto dan pengantin baru sibuk berposing...terlintas dalam hati aku, pengantin perempuan mesti rasa seronok dan bahagia sebab dapat menangkap gambar abadi mereka bersama yang tersayang, tetapi tidak bagi pengantin lelaki...mereka terseksa kerana hujan bukan masa terbaik untuk bergambar, tapi masa terbaik untuk mengenali pasangan,dengan badan dah agak basah, serta si isteri meliuk lenggok di depan lensa,air liur dah menjelejeh ke baju...bila nak dapat ni!...kahkahkah...

Lewat petang, dalam perjalanan balik...jumpa member, Hafiz Selama, Gebu nama manjanya untuk urusan jual beli, dapatlah aku 'spare part' untuk PS kesayanganku. Wajah keseronokan dan kepenatan terpancar pada aku, (tengok cermin la) sebab dapat mengelakkan dari "dia" terus menunggu di depan Pejabat Pos Tanjung Rambutan. Berbekalkan sisa tenaga yang ada, aku mengajak Faqeh al Gpo untuk teman aku menukar spare part PSku. Alhamdullilah siap, dapat la bawak balik rumah je.Aku baru teringat, Datuk Lee Chong Wei lawan Komrad Lin Dan...tapi tak sempat pulak nak tengok...


* entry ini adalah alasan kenapa aku malas nak update blog aku. padahal orang lain punya cerita hujung minggu lagi menarik....


Tiada ulasan: