"Ape Citer Liverfool ang, dengan team Sunderland pun boleh kena,hahaha"...sambil menghirup teh tarik...Mat Yeh, peminat tegar MU.
"Teman nyampoh benor dengan Popovic tu, haram bergune, buang duit je', deme bukan x baguih tapi importnye ntahapehape"...penyokong Perak yang hanya mahu dikenali sebagai Mohammad khairul Bin Shamsuddin.
"Sayang betul la, tapi tak boleh buat ape, Chong Wei dah injured, kalau tak ayah rasa Chong wei boleh pukul Lin Dan"...ujar bapak mertua kesayanganku sambil membelek - belek Utusan Melayunya.
Dapat gol Sebijik |
Dapat apa, dapat malu la |
Minggu ini aku banyak menyaksikan kekalahan demi kekalahan pasukan/atlit kegemaran aku dan paling aku susah nak terima, macamana Liverpool boleh kalah dengan Sunderland...Chait!..macam yang pernah aku coretkan dalam entry aku sebelum ni, kenapa Kenny Dalglish masih mengamalkan sikap kronisme, nepotisme dan bekas penyerang yang mudah lupa dalam kesebelasan utamanya...Jordan Henderson xbley pakai la...Kalau aku kutuk Kenny berbakul - bakul pun bukannya dia baca, kalau dia baca bukan dia faham, kalau dia faham bukan dia peduli....jadi biarkan
Pemain import Perak musim ini, tapi ramai yang menyampah kat Popovic tu, kenape? pergilah ke stadium melihat beliau beraksi |
Perak FA...Kejor yeop kejor...kendian skor yob skor...satu ketika dulu, ketika rangkaian ASTRO belum wujud dan mengawal kehidupan manusia dengan membayar bilnya setiap bulan (termasuklah aku), aku di antara penyokong kuat Perak FA, waktu itu masih bersekolah. Walaupun tiket hanya berharga RM5, namun sebagai budak kampung aku tak mampu, jadi dengan berkat keberanian dan dorongan kengkawan, aku bersama - sama peserta lain cuba memanjat pagar stadium ala -ala rancangan Istana Takeshi (tak tau rancangan ni boleh google k) untuk menonton pasukan kesayangan aku beraksi. Baju koyak, kena halau dengan pakcik RELA perkara biasa...ah, demi Pasukan Perak!...setelah aku berusia, bekerja dan berumahtangga serta mempunyai ASTRO di rumah, aku terus meninggalkan bola sepak tempatan terutama Perak FA, tetapi semenjak FAM dengan poyonya membenarkan pemain import kembali beraksi di Liga M....aku kembali berminat untuk mengikuti perkembangan Perak FA....tapi malang pasukan Perak tumpas di pusingan kedua ditangan Team ZIZANG RAJA LAWAK sabtu lepas....Untuk aku kembali ke Stadium Ipoh bersama heroku, mungkin tidak kot...tak sanggup aku nak terangkan maksud maki hamun, caci maki dan carut marut pada anak aku yang hatinya masih suci, tambahan pulak dah la tengok bola macam nak pergi berperang, mercun sana sini...aku dulu fanatik jugak tapi takde la sampai nak bawak mercun masuk stadium dan ganggu pemain dan permainan, setakat bersorak dan "sedikit" maki hamun yang aku pelajari dari orang yang lebih tua di sekeliling aku kat stadium tu, jadi jangan marahkan aku kalau anak aku pun minat Liverpool dari Perak FA...salahkan ASTRO dan kedai mamak..kehkehkeh...
"Lu jangan happy sangat Lin Dan, gua Injured je" |
Cerita Chong Wei menarik diri pada set kedua All - England semalam, menarik perhatian semua pihak. Aku tengok muka Lin Dan tak puas hati masa Chong wei mintak tarik diri (aku tengok ulangan je)...bukan Lin Dan, malah kami rakyat Malaysia pun tak puas hati, sebab kamu menang free je Lin Dan oi, tapi kita kena faham kecederaan yang di alami Chong Wei, dan bukan saje - saje nak bagi menang free. Chong Wei bukan Free Loader yo!...Harapan aku Chong Wei akan 'recover' secepat mungkin dan dapat meraih emas dalam kejohanan Olimpik nanti.
Kekalahan, perkara biasa dalam hidup, macam aku masa bebudak dulu...selalu main baling tin, aku cukup tak puas hati bila kalah, tapi dengan selamber member aku cakap, adat la kalah menang, kalau kamu je nak menang, main sesorang...polis sentry one two jaga, lu kalah gua peduli hapa...kehkehkeh,padan muka aku...apapun penerimaan kekalahan itu penting, baiki diri dari kekalahan, bukan mencari kesalahan orang lain dengan menutup kelemahan diri...
ntah le kome...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan