Sekiranya sesiapa tidak berpuashati dalam isi kandungan blog ini silalah layari blog lain...Tolong jangan gunakan ayat ' I change my mode' akibat marah dan melenting dengan isu yang dibangkitkan...Untuk makluman, Peze didalam blog ini adalah mamat yang poyo lagi skema dari haluan kiri...Haluan bodek membodek bukan kat sini...Kalau tak puas hati jugak buatlah blog sendiri...

Sabtu, 31 Mac 2012

Selamat Tinggal Kawan....



Aku copy and paste dari blog tukar tiub....

WASPADA! SANTAU RADIO AKTIF MULA MEMBUNUH


KASEH IBU- KASEH SEPANJANG ZAMAN









BUKIT MERAH : ANAK LAI KWAN MENINGGAL DUNIA
 - merdeka review

Tatkala isu kilang pemprosesan nadir bumi Lynas hangat diperbincangkan, Cheah Kok Leong, 29, anak yang terencat akalnya sejak dilahirkan di Bukit Merah, telah meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 9.30 malam, tadi. Tubuh Cheah didapati menggetar kerana sakit sejak dua hari lalu, dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Cheah Kok Leong ialah anak kepada Lai Kwan, pekerja pembinaan di sebelah kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth pada tahun 1982. Lai Kwan mengandung ketika bekerja di sebelah kilang Asian Rare Earth, dan melahirkan Cheah Kok Leong pada tahun 1983.

Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat telah mengesahkan berita ini kepada MerdekaReview ketika dihubungi.

BACA DI SINI:



ADUH ! DERITA YANG KAU ALAMI


SELAMAT JALAN CHEAH KOK LEONG

tadi aku terbaca berita
yang kau telah mati
entah berapa kali
aku telah menggunakan gambar kau
entah berapa kali
tanpa kebenaran
aku telah mengunakan gambar emak kamu

jika ini satu kesalahan
jika ini satu dosa
maka berdosalah aku sepanjang zaman

aku tidak tahu bila kau lahir
aku tidak pernah berpesta dihari kelahiran kamu
aku tidak tahu di mana rumah kamu
aku tidak pernah sampai ke daerah kamu
aku tidak tahu siapa abang ayah dan kakak kamu

aku hanya saorang penciplak
aku hanya saorang pencuri
aku pencuri diakhir zaman
aku pencuri sebelum ledakan itu sampai
akulah pencuri yang ingin memberi ingatan
akulah penciplak yang ingin memberi amaran
tentang santau
tentang racun
tentang radio aktif

bila kau lahir
kau tidak tahu dunia ini
bila kau lahir
kau tak tahu
rasa nikmat secangkir kopi
kau tidak terhidu bau durian

jika pun kau tahu
kau tidak berupaya memberi tahu

cheah kok liong
apakah kau tahu itu nama kamu
apakah kau mendengar bunyi nama kamu
apakah kau pernah sedar betapa indahnya dunia ini

lalu kau mati
lalu kau hilang
lalu kau bawa segala derita
dua puluh sembilan tahun
kau pikul derita hidup
dua puluh sembilan tahun dunia ini kau layari

aku hanya menitiskan air mata
ianya tidak mengalir seperti titisan dari ibumu
ianya tidak memanjang seperti kesedihan keluarga kamu
ianya tidak lumrah seperti seperti kesediahn tetangga kamu

aku hanya menumpang sedih
aku hanya seorang pencuri
yang cuba menumpang sedih

lalu kau mati

dengan nama zeus
dengan nama yahwe
dengan nama krishna
dengan nama vishnu
dengan nama allah
dengan nama yang maha esa
dengan segala nama tuhan dalam alam ini
kau akan bersama dewa dewa
kau akan akan ke kayangan

dari detik kau dilahirkan
hingga kau mati
kau tidak pernah bertutur kasar
kau tidak pernah mungkir janji
kau tidak pernah berdosa
kau adalah se suci seorang sufi
kau adalah hafiz
kau adalah saadi
yang akan disufikan hingga kiamat

selamat jalan kok leong
ucapan dari hati seorang pencuri

AWAS ! INI MUKA PEMBUNUH


NOTA:
sedarlah
bahawa santau radio aktif itu
membunuh perlahan lahan
derita dari serangan santau ini
akan sampai ke gebeng!

Isi kandungan yang penting bukan pasal akidah penulis atau hukum tentang puisi di atas....

credit goes to Mr Isham Rais a.k.a Tukar Tiub

Dari aku : 
Perkara yang memudaratkan kenapa perlu lagi dipertahankan, cukuplah....cukuplah...
bagilah anak - anak menghirup udara segar...
bagilah anak - anak bermain di padang tanpa rasa gusar...
hentikanlah semua dusta dan permainan dewasa...yang menyiksa jiwa anak muda...
hentikanlah semua....selagi hayat masih ada....


Tiada ulasan: