Sekiranya sesiapa tidak berpuashati dalam isi kandungan blog ini silalah layari blog lain...Tolong jangan gunakan ayat ' I change my mode' akibat marah dan melenting dengan isu yang dibangkitkan...Untuk makluman, Peze didalam blog ini adalah mamat yang poyo lagi skema dari haluan kiri...Haluan bodek membodek bukan kat sini...Kalau tak puas hati jugak buatlah blog sendiri...

Isnin, 25 Jun 2012

Selesai Satu Perkara





Alhamdulillah selesai sudah masalah peribadi aku. Orang nak kata apa, aku dah tak peduli. Lapang dada sikit, sekarang nak tumpu menghabiskan saki baki hari bekerja, datang bulan Ramadhan tumpu ibadat sepenuhnya dan lepas Raya gerak...gerak...gerak khas...

Adakah aku gila atau tidak hanya semata - mata nak susahkan diri, biar aku sendiri yang tanggung. Aku nak keluar dari zon selesa aku, biar otak berjalan ligat dan kudrat diperah hebat. Yang penting kepuasan sementara hidup di bumi Allah Swt.

Satu lagi perkara yang sudah selesai....Moris Minor England bungkus dilanggar Vespa Itali!ha ha ha...sebelum game, komen pasukan korang bukan main gah, sekali main macam sampah! Sikap arrogance masih menebal dalam budaya deme. Bangga dengan liga sendiri boleh la...walau aku tak suka Itali tapi kenyataan England sebelum perlawanan yang menyakitkan buah pinggang aku dengan pakai sedap mulut je cakap yang hebat la, sudah bersedia untuk ke Final dan boleh jadi Champion la, ...ha ha ha






Sabtu, 23 Jun 2012

Meriah ke Euro 2012?





Euro 2012....

Aku rasa dari mula aku kerja di Pejabat Pos sampai la sekarang, aku tak ambik kisah sangat arena bola sepak antarabangsa, tak tau lah di mana silapnya padahal dulu aku di antara peminat fanatik bola sepak...


Di bawah kronologi aku tentang pertandingan besar bola sepak sepanjang aku berkhidmat dengan Pos Malaysia.

Euro 2004 Portugal  :  Langsung tak ikut sebab tinggal kat Cameron Highlands dan tak mampu nak langgan Astro lagi.

Piala Dunia 2006 Jerman  : Tak dapat ikut (sama seperti di atas) tapi ada lepak dengan kawan - kawan tengok di kedai makan. Seingat aku satu game je, Argentina VS ? (tak ingat)di mana Argentina kalah...

Euro 2008  Austria/Switzerland  :  Langsung tak dapat ikut jugak (sebab apa tak ingat) atau mungkin menghidapi kepenatan mental tahap 5 akibat melayan kerenah pelanggan mengambil duit rebate kenderaan dulu kot?

Piala Dunia 2010 Afrika Selatan  :  Ikut tapi tak fanatik macam dulu - dulu, mungkin disebabkan gangguan Vuvuzela yang membuatkan aku menyampah nak sokong mana - mana pasukan.

Euro 2012 Poland/Ukraine  :  Dapat la ikut sikit - sikit, ditambah masalah peribadi dan tekanan kerja membuatkan aku hanya tidur di depan tv semasa perlawanan berlangsung...

Mungkin faktor usia kot?(aku la) yang menyebabkan hilang syahwat dalam dunia bola sepak nih. Teringat zaman Piala Dunia 1994, Euro 1996, Piala Dunia 1998, Euro 2000 dan Piala Dunia 2002...memang follow sampai final. Sanggup ponteng sekolah dan kerja semata - mata nak tengok bola...Dari segi penyiarannya pun percuma juga, RTM dan TV3 je...tak payah buang duit nak langgan Astro!

Samada meriah atau tidak Euro 2012, terpulang kepada masing - masing. Aku pun dah tak sokong mana - mana pasukan, cuma suka tengok corak permainan. Mungkin dulu aku minat England (faktor EPL) dan Perancis di zaman kegemilangannya mempunyai ramai bintang seperti Zinadine Zidane, Youri Djorkaeff, David Trezeguet dan Didier Derchamps.

Apapun,

TERIMA KASIH ASTRO KERANA MERAMPAS PEMINAT BOLA SEPAK YANG TAK MAMPU UNTUK MEMBAYAR BIL KAMU!        

(walau aku ada astro supersport)  


Lepas Satu....Satu...




Aku tak peduli kalau orang lain nak sibuk nak korek rahsia kenapa dengan masalah peribadi aku, tapi belum reda masalah peribadi/kerja datang satu lagi ujian ALLAH SWT. Aku kena tukar, alang - alang aku nak blah, kenapa deme nak tukarkan aku ke pejabat lain? Dari yang aku tahu, alasannya ialah bagi petugas baru biasa dengan keadaan pejabat. Itu aku boleh terima tapi masalahnya pertukaran melibatkan kawan aku, dan jarak pejabat di antara kami hanyalah 3KM!...


Tentang keadaan kawan aku yang kena ganti aku tak perlu aku ceritakan, tapi pandangan aku perkara ini tidak sepatutnya berlaku, mereka perlu bincang dahulu (sekurang - kurangnya) mengenai masalah yang dihadapi oleh kawan aku ni. Aku lihat dia ada sebab yang kukuh untuk tidak bertukar ke tempat aku bekerja sekarang. Buat masa ni aku tak mahu komen dengan pengurusan kerja, dan memandangkan dalam notis aku dah nyatakan untuk menjaga nama baik syarikat aku bekerja, jadi buat masa ini aku 'diam'. Lepas berhenti nanti, aku 'bantai' macamana sistem pengurusan yang terbaik di Asia Tenggara ini. Aku bukan 'bantai' syarikat tapi manusia yang menguruskan syarikat.


Masalah pengurusan antara penyebab utama aku berhenti, aku bukan hebat sangat tapi aku tahu kekuatan dan kelemahan aku di tempat kerja, aku dah ikut saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat, mohon tukar 'department' yang lain di mana aku lebih yakin dengan tugas aku. Setakat yang aku tahu, tempat yang aku nak tukar dulu tu, tak semua orang nak. 'Mereka' lebih mengetahui kerana mereka adalah pengurus, nasib baiklah aku bukan jenis lantang dan belajar pengurusan dulu tak sempat habis, kalau tak mungkin aku di antara ahli kesatuan yang lantang melawan.

Masalah Teknikal Atau Mental?


Apapun, semua ini adalah ketentuanNYA juga, wajib bersangka baik dengan yang Maha Esa, tapi sayang manusia seperti aku selalu lupa. Jadi....



Entah la kome.....


Khamis, 21 Jun 2012

Trip To JayBee

Dengan izin Allah, awal bulan Julai nanti aku ambik cuti beberapa hari dan mengembara ke Johor Bahru dengan vespa aku. Harap semuanya berjalan lancar. Solo Ride yo!

Ingin berkongsi dalam ruang blog aku ni terutama masa aku menjelajah dari daerah ke daerah, tapi malangnya aku tak punyai access internet. Ada smartphone tapi guna prepaid...chait koman spanar...kahkahkah.....(cari port free WiFi le jawabnya)

Tengoklah kalau ada masa nak singgah Kafe Siber, upload gambar...takpun aku masuk dalam FB je lah bila ada kelapangan....

Merapu Meraban

Menghitung hari untuk blah dari Pos Malaysia, lambat rasa masa berjalan. Aku dengar bermacam cerita kenapa aku nak berhenti. Ada yang kata aku nak dapat kerja 'gomen', itu cerita palsu.Bagi yang tahu masalah aku, ada yang pujuk dan ada yang marah kenapa aku nak berhenti. Ya, aku terima semua nasihat dan arahan kome semua, tapi aku tetap yakin dengan pilihan aku, nak menyesal kemudian pun tak berguna.

Tujuan aku berhenti sebab aku tak mampu lagi menanggung tanggungjawab yang lebih berat dari apa yang aku mampu laksanakan. Lagipun dari dulu aku memang tak suka orang rekomen aku untuk dapatkan kerja (tak tolak juga semua itu rezeki daripadaNYA), jadi dengan rezeki tersebut aku buat yang terbaik. Jadi kemampuan aku untuk bekerja buka sebab aku hebat mana cuma nak jaga nama baik orang tu.

Ditambah pulak bermacam masalah peribadi aku, (ada yang betul dan ada yang ditambah perencah, baik cakap aku nak bunuh je senang cerita tak payah susah - susah panjang lebarkan) adalah lebih elok aku blah dan muhasabahkan diri aku dulu memandangkan Ramadhan pun dah dekat. Adakah Ramadhan kali ini adalah kali terakhir buat aku, baik aku kejar keberkatan di bulan tu.

Masa aku nak selesaikan masalah aku bersama abang aku, yang aku sendiri dah akui dan menyesal akan kesilapan aku (yang aku takut pada yang Maha Esa selama ni aku lalai). Aku telah disekolahkan oleh sang ibu mertua, nasib baiklah abang aku bertindak pantas ala - ala gerak khas untuk menyelamatkan keadaan kalau tak mau bertikam lidah. Persoalannya di sini, memang apa yang aku dah buat melanggar hukum Allah SWT dan Alhamdulillah diberi kesempatan untuk sedar dan bertaubat walau pandangan masyarakat terhadap aku zero 0%. Yang penting aku tak buat dah dan aku dekatkan diri denganNYA. Adakah dia berhak untuk menilai cara hidup kami adik beradik? putus saudara? macam gampang punya statement aku dengar, tu lah tak tau kehidupan kami adik beradik macam mana jangan nak sesedap mulut nak hambur. Part yang paling best jangan manja sangat dengan arwah mak aku? kah kah kah...kalau mak aku hidup lagi, orang pertama dia akan bantai/belasah ialah aku, bukan belasah guna mulut tapi guna apa yang ada di capaiannya, sebab dia tak pernah ajar aku buat benda - benda yang memudaratkan TAPI mak aku seorang sahabat yang paling baik,sebab itu Allah SWT sayang padanya dan mengambilnya balik. Tak mustahil juga aku takkan jadi begini jika arwah mak masih ada. Banggalah kome dengan keturunan kome yang besar, bersyukurlah dengan apa yang Allah SWT dah bagi, jangan riya' sebab Allah SWT boleh tarik sekelip mata sahaja, percayalah aku dah lalui semua tu. Jadi nak buat laporan polis? buatlah...takda masalah...aku boleh mengaku salah, tapi kat SANA pulak amacam?..Allah Maha Adil...aku kena kamu pun kena...sama - sama kena...


Bagi aku semua ni ketentuan Allah SWT, dan aku yakin yang Maha Esa masih sayangkan aku, sebab tu dia  masih bagi aku peluang untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepadaNya. Alangkah hinanya aku kalau lepaskan peluang keemasan ni lagi, segala perkara terjadi selepas semua ini adalah kifarah, aku redha...dah dibalas di dunia, mudah mudahan di akhirat di ringankan...Aku yakin dengan rezeki yang Allah SWT tetapkan pada aku, yang penting jangan putus asa dengan RahmatNya dan yang paling penting, janganlah malas nak berusaha. Doa Usaha Istiqamah Tawakkal (D.U.I.T).










Sabtu, 16 Jun 2012

Apabila Jiwa dan Fikiran Goyah

Keasnpojncmadlj andhkme nemrnhajari ahfndko mcnvei nflakjf nmakalasec nmkij;lj ncmjdfiekj;al mfnkdijl;kj
kfjddnfm ddmm, akfdjadm lajald ldjflej
kdjdmv dhkb;dfi kjmvdldm 
kdgdkjvmdn slpevlde kdjd slspekla
kdj faldfk aafdf;dv afkf dgvpf dsfv;d vdvs
dv;df dvk d af;adsfkad asdfasif afkasfk as a'p a 'p appsfai 147jkjgfsadfgm gdgdshh

maksud ayat di atas, 
aku memang tengah down giler!

Feeling Down

Rabu, 13 Jun 2012

Mari Berhijrah

Lama tak update blog, sepanjang tak menulis, banyak perkara besar yang berlaku pada aku (malas pun sama). Alhamdulillah setakat blog ini ditulis, sekurang - kurangnya separuh perkara yang telah dirancang dan akan dilaksanakan dipermudahkan olehNYA. Lepas ni behijrahlah aku, hijrah yang utama ialah hijrah jiwa dan rohani. Perkara yang aku terlepas pandang dan aku abaikan ialah pesanan terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum Baginda wafat. Pelajaran hidup kali ni mengajar supaya lebih menghargai nikmat ALLAH SWT.

Gila ding dong ah, rasa macam dulu - dulu. BEBAS!...bebas dari segala tekanan, pada mula serabut bagai, aku lupa pada DIA yang sentiasa memerhati aku, adoi, malu weh sebab aku selamber je buat bodo denganNYA. Hambik ubat,segala nikmat yang diberi dah ditarik akibat sifat jahiliyah aku. Alhamdulillah,roh aku masih di bersama jasad, DIA bagi peluang untuk aku memperbaiki diri aku yang selama ini jauh ke laut dalam sesatnya. Walaupun aku BEBAS, tak bermaksud aku boleh menjadi seperti ahli Parlimen Gua Musang atau Kulim...kahkahkah...aku tetap ada pendirian dan tanggungjawab, mana boleh biar dan tinggalkan tanggungjawab dan amanh macam tu je beb, kira tak ikut jugalah ajaran THE MIGHTY ONE.

Dengan kesempatan yang ALLAH SWT bagi ni, takkan aku nak sia-siakan lagi...jadi kepada pelawat blog aku, terutama kengkawan dan saudara aku,terima kasih di atas sokongan dan dorongan lu orang semua. Mohon maaf di atas "kedegilan" aku...aku tekad dan aku yakin dengan keputusan yang aku buat...aku harap tak lari la aku punya niat kerana mencari keredhaanNYA. Lu orang semua doakan aku supaya jangan jadi mengarut balik dan terus lemas dalam lautan kesesatan..chewah! macam gampang skemanya.....apa pun itu yang aku takut sekali yo, lupa DIA lupa diri sebenarnya diberi pinjaman je!..hahaha...

Bukan tapak kaki aku, gila ah, sampai kesini nak bawak dirinya,...kahkahkah.

Aku umpama debu di pandang pasir yang maha luas, namun aku tetap diberi peluang untuk memperbaiki diri, sekurang - kurangnya sebelum aku bertemu denganNYA, dan aku tidak mahu berada di dalam golongan yang dimurkaiNYA....


Ralat : sekiranya entry ni diupdate tapi tiada lagi gambor yang dijanjikan pada entry sebelum ni, mohon maaf yo! kendian aku masukkan. (dalam fb dah ade sebenornya...same je..hahaha...alasan malas)