Sekiranya sesiapa tidak berpuashati dalam isi kandungan blog ini silalah layari blog lain...Tolong jangan gunakan ayat ' I change my mode' akibat marah dan melenting dengan isu yang dibangkitkan...Untuk makluman, Peze didalam blog ini adalah mamat yang poyo lagi skema dari haluan kiri...Haluan bodek membodek bukan kat sini...Kalau tak puas hati jugak buatlah blog sendiri...

Sabtu, 23 Jun 2012

Meriah ke Euro 2012?





Euro 2012....

Aku rasa dari mula aku kerja di Pejabat Pos sampai la sekarang, aku tak ambik kisah sangat arena bola sepak antarabangsa, tak tau lah di mana silapnya padahal dulu aku di antara peminat fanatik bola sepak...


Di bawah kronologi aku tentang pertandingan besar bola sepak sepanjang aku berkhidmat dengan Pos Malaysia.

Euro 2004 Portugal  :  Langsung tak ikut sebab tinggal kat Cameron Highlands dan tak mampu nak langgan Astro lagi.

Piala Dunia 2006 Jerman  : Tak dapat ikut (sama seperti di atas) tapi ada lepak dengan kawan - kawan tengok di kedai makan. Seingat aku satu game je, Argentina VS ? (tak ingat)di mana Argentina kalah...

Euro 2008  Austria/Switzerland  :  Langsung tak dapat ikut jugak (sebab apa tak ingat) atau mungkin menghidapi kepenatan mental tahap 5 akibat melayan kerenah pelanggan mengambil duit rebate kenderaan dulu kot?

Piala Dunia 2010 Afrika Selatan  :  Ikut tapi tak fanatik macam dulu - dulu, mungkin disebabkan gangguan Vuvuzela yang membuatkan aku menyampah nak sokong mana - mana pasukan.

Euro 2012 Poland/Ukraine  :  Dapat la ikut sikit - sikit, ditambah masalah peribadi dan tekanan kerja membuatkan aku hanya tidur di depan tv semasa perlawanan berlangsung...

Mungkin faktor usia kot?(aku la) yang menyebabkan hilang syahwat dalam dunia bola sepak nih. Teringat zaman Piala Dunia 1994, Euro 1996, Piala Dunia 1998, Euro 2000 dan Piala Dunia 2002...memang follow sampai final. Sanggup ponteng sekolah dan kerja semata - mata nak tengok bola...Dari segi penyiarannya pun percuma juga, RTM dan TV3 je...tak payah buang duit nak langgan Astro!

Samada meriah atau tidak Euro 2012, terpulang kepada masing - masing. Aku pun dah tak sokong mana - mana pasukan, cuma suka tengok corak permainan. Mungkin dulu aku minat England (faktor EPL) dan Perancis di zaman kegemilangannya mempunyai ramai bintang seperti Zinadine Zidane, Youri Djorkaeff, David Trezeguet dan Didier Derchamps.

Apapun,

TERIMA KASIH ASTRO KERANA MERAMPAS PEMINAT BOLA SEPAK YANG TAK MAMPU UNTUK MEMBAYAR BIL KAMU!        

(walau aku ada astro supersport)  


Tiada ulasan: