Sekiranya sesiapa tidak berpuashati dalam isi kandungan blog ini silalah layari blog lain...Tolong jangan gunakan ayat ' I change my mode' akibat marah dan melenting dengan isu yang dibangkitkan...Untuk makluman, Peze didalam blog ini adalah mamat yang poyo lagi skema dari haluan kiri...Haluan bodek membodek bukan kat sini...Kalau tak puas hati jugak buatlah blog sendiri...

Sabtu, 23 Jun 2012

Lepas Satu....Satu...




Aku tak peduli kalau orang lain nak sibuk nak korek rahsia kenapa dengan masalah peribadi aku, tapi belum reda masalah peribadi/kerja datang satu lagi ujian ALLAH SWT. Aku kena tukar, alang - alang aku nak blah, kenapa deme nak tukarkan aku ke pejabat lain? Dari yang aku tahu, alasannya ialah bagi petugas baru biasa dengan keadaan pejabat. Itu aku boleh terima tapi masalahnya pertukaran melibatkan kawan aku, dan jarak pejabat di antara kami hanyalah 3KM!...


Tentang keadaan kawan aku yang kena ganti aku tak perlu aku ceritakan, tapi pandangan aku perkara ini tidak sepatutnya berlaku, mereka perlu bincang dahulu (sekurang - kurangnya) mengenai masalah yang dihadapi oleh kawan aku ni. Aku lihat dia ada sebab yang kukuh untuk tidak bertukar ke tempat aku bekerja sekarang. Buat masa ni aku tak mahu komen dengan pengurusan kerja, dan memandangkan dalam notis aku dah nyatakan untuk menjaga nama baik syarikat aku bekerja, jadi buat masa ini aku 'diam'. Lepas berhenti nanti, aku 'bantai' macamana sistem pengurusan yang terbaik di Asia Tenggara ini. Aku bukan 'bantai' syarikat tapi manusia yang menguruskan syarikat.


Masalah pengurusan antara penyebab utama aku berhenti, aku bukan hebat sangat tapi aku tahu kekuatan dan kelemahan aku di tempat kerja, aku dah ikut saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat, mohon tukar 'department' yang lain di mana aku lebih yakin dengan tugas aku. Setakat yang aku tahu, tempat yang aku nak tukar dulu tu, tak semua orang nak. 'Mereka' lebih mengetahui kerana mereka adalah pengurus, nasib baiklah aku bukan jenis lantang dan belajar pengurusan dulu tak sempat habis, kalau tak mungkin aku di antara ahli kesatuan yang lantang melawan.

Masalah Teknikal Atau Mental?


Apapun, semua ini adalah ketentuanNYA juga, wajib bersangka baik dengan yang Maha Esa, tapi sayang manusia seperti aku selalu lupa. Jadi....



Entah la kome.....


Tiada ulasan: