Menghitung hari untuk blah dari Pos Malaysia, lambat rasa masa berjalan. Aku dengar bermacam cerita kenapa aku nak berhenti. Ada yang kata aku nak dapat kerja 'gomen', itu cerita palsu.Bagi yang tahu masalah aku, ada yang pujuk dan ada yang marah kenapa aku nak berhenti. Ya, aku terima semua nasihat dan arahan kome semua, tapi aku tetap yakin dengan pilihan aku, nak menyesal kemudian pun tak berguna.
Tujuan aku berhenti sebab aku tak mampu lagi menanggung tanggungjawab yang lebih berat dari apa yang aku mampu laksanakan. Lagipun dari dulu aku memang tak suka orang rekomen aku untuk dapatkan kerja (tak tolak juga semua itu rezeki daripadaNYA), jadi dengan rezeki tersebut aku buat yang terbaik. Jadi kemampuan aku untuk bekerja buka sebab aku hebat mana cuma nak jaga nama baik orang tu.
Ditambah pulak bermacam masalah peribadi aku, (ada yang betul dan ada yang ditambah perencah, baik cakap aku nak bunuh je senang cerita tak payah susah - susah panjang lebarkan) adalah lebih elok aku blah dan muhasabahkan diri aku dulu memandangkan Ramadhan pun dah dekat. Adakah Ramadhan kali ini adalah kali terakhir buat aku, baik aku kejar keberkatan di bulan tu.
Masa aku nak selesaikan masalah aku bersama abang aku, yang aku sendiri dah akui dan menyesal akan kesilapan aku (yang aku takut pada yang Maha Esa selama ni aku lalai). Aku telah disekolahkan oleh sang ibu mertua, nasib baiklah abang aku bertindak pantas ala - ala gerak khas untuk menyelamatkan keadaan kalau tak mau bertikam lidah. Persoalannya di sini, memang apa yang aku dah buat melanggar hukum Allah SWT dan Alhamdulillah diberi kesempatan untuk sedar dan bertaubat walau pandangan masyarakat terhadap aku zero 0%. Yang penting aku tak buat dah dan aku dekatkan diri denganNYA. Adakah dia berhak untuk menilai cara hidup kami adik beradik? putus saudara? macam gampang punya statement aku dengar, tu lah tak tau kehidupan kami adik beradik macam mana jangan nak sesedap mulut nak hambur. Part yang paling best jangan manja sangat dengan arwah mak aku? kah kah kah...kalau mak aku hidup lagi, orang pertama dia akan bantai/belasah ialah aku, bukan belasah guna mulut tapi guna apa yang ada di capaiannya, sebab dia tak pernah ajar aku buat benda - benda yang memudaratkan TAPI mak aku seorang sahabat yang paling baik,sebab itu Allah SWT sayang padanya dan mengambilnya balik. Tak mustahil juga aku takkan jadi begini jika arwah mak masih ada. Banggalah kome dengan keturunan kome yang besar, bersyukurlah dengan apa yang Allah SWT dah bagi, jangan riya' sebab Allah SWT boleh tarik sekelip mata sahaja, percayalah aku dah lalui semua tu. Jadi nak buat laporan polis? buatlah...takda masalah...aku boleh mengaku salah, tapi kat SANA pulak amacam?..Allah Maha Adil...aku kena kamu pun kena...sama - sama kena...
Bagi aku semua ni ketentuan Allah SWT, dan aku yakin yang Maha Esa masih sayangkan aku, sebab tu dia masih bagi aku peluang untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepadaNya. Alangkah hinanya aku kalau lepaskan peluang keemasan ni lagi, segala perkara terjadi selepas semua ini adalah kifarah, aku redha...dah dibalas di dunia, mudah mudahan di akhirat di ringankan...Aku yakin dengan rezeki yang Allah SWT tetapkan pada aku, yang penting jangan putus asa dengan RahmatNya dan yang paling penting, janganlah malas nak berusaha. Doa Usaha Istiqamah Tawakkal (D.U.I.T).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan