Sekiranya sesiapa tidak berpuashati dalam isi kandungan blog ini silalah layari blog lain...Tolong jangan gunakan ayat ' I change my mode' akibat marah dan melenting dengan isu yang dibangkitkan...Untuk makluman, Peze didalam blog ini adalah mamat yang poyo lagi skema dari haluan kiri...Haluan bodek membodek bukan kat sini...Kalau tak puas hati jugak buatlah blog sendiri...

Ahad, 2 September 2012

Nescafe, Luar Rumah Dan Malam...



Cadang nak buka Facebook update status, ceh...sudah - sudah la tu Peze, ang dah tua nak berstatus-status apa lagi...

Pekena Nescafe' dua gelas lepak kat tepi rumah, sedap betoi angin malam...rasa nak tidor je kat luar rumah...bunyian mercun masih menguasai malam - malam ini...Nikmat betoi duk di kampung, ambiance mercun kat taman atau bandar tak sama di kampung yang lebih best.Klimaksnya pergh!.

Tak tahulah belakang rumah aku bila akan digondolkan dan 'dilacurkan' atas nama pembangunan. Aku rasa cukup - cukuplah tu, tak payahlah nak membawak ke kawasan belakang rumah aku. Aku bukan menentang pembangunan, tapi aku takut manusia tak dapat nak sealiran dengan pembangunan yang dibina, banyak buruk dari baik. Faktor utama ialah sistem ekonomi yang menekan masyarakat. Malam ni aku boleh lepak dengan tenteram kat luar rumah aku sambil pekena nescafe', mana tahu 10 atau 20 tahun akan datang, taman perumahan membiak di belakang rumah aku membuatkan kawasan kejiranan aku tidak selamat dimana senang orang - orang yang tak dikenali nak lalu lalang di kawasan rumah aku. Senang je orang nak pecah masuk dan terus blah ikut highway Utara Selatan. Sekarang ni boleh kira berapa orang yang lalu kat jalan depan rumah aku dan tentu kat belakang hutan belantara. Hutan kat belakang rumah aku tu tunggu masa je nak di'gangbang'kan oleh pemaju - pemaju yang rakus dan horny dengan RM (bukan Rosmah Mansor ye, harap faham). Jadi, aku fikir biarlah rumah jauh dan di hujung ceruk. Privasi beb!

Bulan Februari sudah, masuk surat kabor yang menyatakan Taman ala - ala Disneyland Malaysia akan dibuat dikawasan rumah aku. Sini sumber asalnya. Ah, gila apa mamak sorang ni! buatlah kat Pangkor atau Lumut, terang-terang tempat pelancongan kalau nak buat sangat. Takpun buat kat Lenggong atau kat kawasan Ramli Ngah Talib bangunkan dulu. Alang- alang nak buat duit...Ni tidak, pusat pentadbiranlah kat situ, pusat hiburanlah kat situ, alang - alang buat je ala - ala Sin City terus, bagilah alasan darurat, disebabkan rakyat perak perlukan duit dan modal disamping meningkatkan ekonomi dan sosialis yang lebih tinggi dan berdaya saing bagi menyahut cabaran 2020 sepertimana juga slogan Malaysia Boleh apasaja dan semangat Satu Malaysia dapat direalisasikan dengan pembinaan Sinmak City ni. Aku pasti golongan - golongan bangsarman akan menyokong penuh cadangan aku.

Adeh, penat weh! Dah la, sementara ada nyawa lagi nilah aku nak layan n lepak-lepak kat luar rumah aku sambil meneguk air bersama malam anginnya bersepoi-sepoi bahasa sebelum diracuni dengan kebisingan dan kebingitan suasana kota satelit (puaka). Aku pun kena berjinak - jinak untuk lepak di Starbuck lepas ni, harap deme bukak la satu cawangan betul - betul kat belakang rumah aku satu hari nanti. Lepas Isyak boleh aku ajak Pak Haji Kassim, Haji Hana dan Haji Hashim lepak sambil berbaju melayu dan berpelekat di Starbuck sambil menunggu subuh. Kan nak jadi Melayu Glokal!


Ntah le kome.....

Tiada ulasan: