Sekiranya sesiapa tidak berpuashati dalam isi kandungan blog ini silalah layari blog lain...Tolong jangan gunakan ayat ' I change my mode' akibat marah dan melenting dengan isu yang dibangkitkan...Untuk makluman, Peze didalam blog ini adalah mamat yang poyo lagi skema dari haluan kiri...Haluan bodek membodek bukan kat sini...Kalau tak puas hati jugak buatlah blog sendiri...

Ahad, 2 September 2012

Jangkitan Virus Tuibkamu...



Semenjak dua ni bila buka You Tube (baca tub bukan tiub), banyak benor video tentang Gangnam Style Parody, aku taknak cerita banyak sangat pasal lagu dan penyanyi asalnya, ape ade hal, wiki je lah kalau nak tau. Aku cuma nak kongsi pengalaman viral video ni dalam entri kali ni. Berserta semangat ingin tahu yang tinggi seperti budak bawah umur dapat masuk pusat permainan video 18++ (arcade) jadi aku pun tengoklah klip originalnya....

Punyalah banyak jumlah yang dah menontonnya, tak salah aku dalam 70k, bila aku habis je tengok, baru aku faham kenapa orang semua dok demam dengan klip tu. Pada mulanya aku sangka  First Ladyku RM ada jadi cameo dalam klip lagu tu yang menjadikannya hits tapi malang sangkaanku meleset sama sekali seperti index Dow Jones yang jatuh di bawah paras merbahaya. Rupanya tarian penyanyi dan beat lagu tersebut membuatkan video itu unik.(mungkin?). Bagi aku biasa je, mungkin ada aura disebalik lagu dan klip tu, dan aku pun taknak komen lebih - lebih. Senang cerita, suka pun tak, tak suka pun tak. (Penin').

Jadi disebabkan terkenalnya klip tersebut, ramailah yang ingin melakonkan semula dan membuat beberapa improvasi terhadap lagu itu mengikut kehendak dan naluri sebagai manusia yang suka membuat perkara diluar dugaan barangkali. Banyak versi aku tengok. Gasak kome, memang tengah era You Tube (sekali lagi baca tub bukan tiub). Bagi aku yang positifnya, walaupun boleh dikatakan keseluruhan klip parody tu nampak bodoh dan macam gampang, aku salut mereka yang berani mempamerkan muka di khayalak alam maya untuk di kutuk bila nampak bodoh dan dipuji sekiranya klip lakon semula tu menjadi. Aku sendiri tak berani untuk buat klip tersebut apatah lagi nak diuploadkan....pergh...wa ni introvert punya manusia.

Bagi sesiapa yang singgah dan terbaca entri ni tapi belum berkesempatan menonton klip video yang dimaksudkan. (yang asal oleh PSY dan tajuk videonya Oppan Gangnam Style) bolehlah melihatnya dikawasan anda masing - masing. HARUS DIINGAT!, jangan kome nak harap ada selebriti tempatan yang kome minat atau jangkaan yang kome harapkan dalam klip tersebut seperti :

Lagu tersebut bukan diciplak dari mana - mana Lagu Gereja Di seluruh Dunia (taktau la pulak aku kalau kat gereja diorang pun main lagu pop dance pulak)
Lagu tersebut juga bukan diciplak dan digubah menjadi lagu kebangsaan Korea Selatan

Cameo :
Takde Yuna hanya HyunA
Takde KRU mahupun Dato' AC Mizal
Ada letupan tapi takde C4
Unsur - unsur ghairah/lucah ada tapi takde Chua Soi Lek.

Sekian, selamat menonton....
(aku tak boleh nak link klip tu kat entri ni, jadi faham - faham jelah)


Ntah le kome....



Tiada ulasan: