Sekiranya sesiapa tidak berpuashati dalam isi kandungan blog ini silalah layari blog lain...Tolong jangan gunakan ayat ' I change my mode' akibat marah dan melenting dengan isu yang dibangkitkan...Untuk makluman, Peze didalam blog ini adalah mamat yang poyo lagi skema dari haluan kiri...Haluan bodek membodek bukan kat sini...Kalau tak puas hati jugak buatlah blog sendiri...

Rabu, 29 Februari 2012

Majikan, Pelanggan Dan Aku


Sekadar gambar hiasan, sebab di pejabat aku boleh sesuka hati nak beratur macamana, bukan satu barisan macam di atas ataupun perlu menjadi ahli Barisan Nasional,asalkan urusan boleh selesai...CHANTEK!!!


Gambar sebenar tidak dapat dirakam kerana ketika aku ingin update blog ni,tiada awek - awek yang beratur,kesemuanya abang - abang dan pakcik - pakcik kolar hijau yo! aku nak blog aku macam majalah mangga...gambor awek seksi,baru ramai orang nak baca...hahaha 

_______________________________________________________

Aku dulu suka melompat kerja ( bukan melompat parti a.k.a al - kataki )...dari satu kerja ke satu kerja yang lain. Mungkin jiwa muda memberontak bosan dengan satu kerja yang statik, tambahan pulak aku tak fikir langsung aku boleh bekerjaya seperti sekarang, fikir nak main je!

Di tempat aku bekerja sekarang, aku sebagai pengurus pejabat...TERBAIK, aku juga mewakili kaum tahan maki iaitu ' front liners'...TIADA MASALAH...aku turut mewakili orang - orang berumur yang kebiasaan kita lihat makcik - makcik yang lebih dikenali dengan panggilan manja iaitu makcik cleaner...OK JE...pendek kata 'One Man Office'...yeha, the one and only! takde hal punya....


Aku cuma tak tahan dengan kata - kata dari pelanggan yang memperlekehkan majikan aku...depe nak maki aku slow ke, sombong ke, pemalas ke atau sewaktu dengannya aku boleh tahan beb...tapi kalau depe kata :


" Kesian kamu kena kerja sorang - sorang,orang atas taknak tambah kakitangan ke?"....aku dah merah telinga

"Ada kerja kosong tak kat pejabat ni, saya nak apply kerja kat sini boleh?"...yang ni tengok gak,kalau yang tanya awek cun,aku kurang marah...cuma geram sebab aku tak boleh nak bagi dia kerja dengan aku...

" Jenuh le kamu, kalau nak terberak ke atau terkencing ke...tinggal sorang - sorang je...kalau masa sibuk macamana la yek?"...yang ni aku rasa nak potong buah pinggang dia kalau aku kena batu karang atau sakit buah pinggang sebab banyak tahan kencing layan depe

" Pengurusan kamu tak tahu ke yang pejabat ni sibuk, mana boleh kamu kerja sorang - sorang"...ni lagi satu yang aku hangin satu badan, dia tak tahu yang bos aku tak tidur malam macamana nak bagi untung dan tak payah tambah kakitangan kat pejabat aku ni...

Kesimpulannya disini,bak kata pepatah aku menyatakan "duit di tangan hendak ditambah,nasib pekerja buat tak endah"

Aku tak boleh nak komplen lebih, nanti kata aku tak bersyukur pulak...petikan di atas bukan AKU yang cakap, orang yang melihat dan memahami yang cakap ( dan kebanyakan mereka lebih ikhlas dari surat ucapan tahniah sebagai pengurus cawangan yang aku terima dari pihak atasan )...jadi...betul kata otai - otai sebelum aku dulu...Pakai Otak Sendiri... jadi lu orang - orang BESAR mau ubah mentaliti kami di bawah, lu orang ubah lu punya mentaliti dulu...jangan jadi hamba duit semata,untung nak berjuta, modal nak beringgit...


Ntah le kome...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kiasan terbaekk :)

PeZe Muse berkata...

terbaek kalau bos aku yang baca, ini menunjukkan betapa sayangnya aku pada mereka...kehkehkeh