Sekiranya sesiapa tidak berpuashati dalam isi kandungan blog ini silalah layari blog lain...Tolong jangan gunakan ayat ' I change my mode' akibat marah dan melenting dengan isu yang dibangkitkan...Untuk makluman, Peze didalam blog ini adalah mamat yang poyo lagi skema dari haluan kiri...Haluan bodek membodek bukan kat sini...Kalau tak puas hati jugak buatlah blog sendiri...

Selasa, 24 April 2012

Salam Takziah Buat Ramlan

"Cantik gitar, boleh la lepak main gitar kalau takde customer..."...sambil memetik gitar aku....


Itu antara kenangan aku dengan arwah Ramlan sebelum beliau kembali ke Rahmatullah....


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ajalpancingudang/Article/index_html

Mayatnya sudah dijumpai dan selamat dikebumikan..

Semoga kamu ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh...



Al Fatihah...

Jumaat, 20 April 2012

Student Power!

anak muda penentang!
anak muda bangun melawan!
anak muda yang tidak didoktrinkan!
anak muda yang tidak diskemakan!
anak muda pelakar sejarah!
anak muda pembuka jalan!
salut anak muda!














*terima kasih kepada mereka yang merakamkan gambar bersejarah ini.

Jumaat, 13 April 2012

Vespa Lagi??!!

Petang tadi aku dengan rasminya mengucapkan selamat tinggal kepada karburator 24 - 24 aku yang dah takde timing dan selamat datang karb 26 - 26...Woohoo!!!

Babai 24 - 24

26 - 26 welcome!



Terima kasih abang Pin Jati, kerana berjaya setting vespa aku ditahap terbaik walau masih dalam pantang. Banyak pelajaran yang aku dapat selama aku melepak dengan abang Pin, dan perkara yang membuka minda aku ialah, tak semestinya vespa cantik boleh jalan jauh, contohnya vespa di bawah yang menjadi perbualan hangat kaki - kaki vespa, bukan kerana keburukkannya tetapi ke'power'annya berjalan beratus - ratus km, dan meninggalkan pesaing bila ada sprint test, kalau sekali dan berkali - kali tengok memang takde nafsu langsung pada vespa ni, tapi enjin dalam adalah hasil kerja tangan abang Pin, salute!


Vespa Ipin Jati, memang susah nak percaya motor ni dah berjalan ke seantero Malaysia
(gambar sebelah bukan tuannya,saje nak interframe)



Kembara Ke Kuala Lumpur

Sebelas kali piston 'Jammed' pergi dan balik. Secara keseluruhan amat puas hati. Terima kasih kepada abang Ipin dan abang Key El. Tanpa korang, lambat la 'masak' piston aku.


Gambar tersebut hanya gossip liar, vespa aku bukan cantik macam ni 


Malam Selasa :
Pada mulanya tak merancang akan bawak vespa aku, di atas sebab - sebab masalah teknikal yang belum dibaik pulih lagi. Memandangkan Abang Pin tetap nak ke Vespa Empire dengan menaiki motorsikal sahaja, aku dan Abang Pin bertungkus lumus sampai pukul 11 malam untuk menyiapkan vespa aku. Dalam hati aku "kerja gila namanya ni"...

Rabu 7.45 pagi :
Gerak dari rumah Abang Pin di Taman Jati, Abang Pin memilih untuk bawak LC135nya untuk memudahkan proses menolak vespa aku sekiranya terjadi sebarang masalah teknikal (tapi aku yakin dengan skill Abang Pin sebagai Mechanic Vespa mungkin takkan sampai kes menolak). Selepas Masuk Lebuhraya Jammed buat ketiga kalinya (pertama dan kedua masa aku bawak balik dari rumah Abang Pin malam Selasa tu). Setting dan terus setting karburatornya, sampailah ke Hentian Simpang Pulai.(selepas dua kali jammed di susur keluar Ipoh Utara a.k.a Gunung Lang dan susur Tambun)

8.20 pagi :
Aku buat lawak di R&R Simpang Pulai
Aku "Abg Pin,campur 2T dua botol ya?"...
Abg Pin "Ha'ah, dua botol"...
Lepas tu aku bantai dua liter (aku buh 2T dalam dua botol,setiap botol seliter), padahal ada botol kecik dalam 383ml sebagai sukatan bancuhan 2T. Hambik kau, asap vespa aku macam asap orang sembur nyamuk Aedes jer...hahahaha! Tapi kebaikannya, piston konfirm takkan jammed,cuma sebu la membawaknya.

10.30 pagi :
Nak singgah R&R Ulu Bernam untuk isi minyak, sekali stesennya tengah renovate. Teruskan perjalanan elok sampai area Rawang, vespa aku habis minyak. Nasib baik arah bertentangan ada R&R Rawang dan ada Petronas. Kes aku bancuh dua liter 2T pun terkantoi la, bantai la deme gelakkan aku...hahaha...dan isi minyak dan teruskan perjalanan.

11.20 pagi :
Terlajak ke R&R jejantas Sungai Buloh, disebabkan takut habis minyak lagi, sepatutnya boleh keluar pada exit sebelum tu, jadi kami keluar kat exit Jalan Duta dan patah balik untuk ke Gombak.

12.15 tengahari :
Singgah kat area Gombak (depan greenwood bundle tak salah aku), pekena nasi dulu,udah bergegor perut atas motor tadi. Seperti biasa hantor report pada Mem. Mencekik baik punya, nasi putih, keli bakor,pajeri terung dan gulai rebung.

12.30 tengahari :
Sampai kat kedai Vespa Empire tokeynya menurut Abang Pin adalah anak Dato' yang bernama Haikal dan subtokey bernama Amer. Bagi kaki - kaki vespa, nama mereka bertiga memang tak perlu diperkenalkan lagi, sebab setiap event dan jambori mesti ada terutama Abang Pin yang memang hardcore dengan dunia vespa.

Tukar dan tambah part ape yang patut, sehingga rabak jugak lah poket aku, kerana terlalu rambang mata dengan segala benda yang ada di kedai VE. Setelah melepak kira kira empat jam, kami pun nak berangkat pulang.

4.20 petang :
Bertolak pulang dari VE, isi minyak di Petronas dekat dengan Balai Polis Gombak. Seperti biasa buat permulaan di lebuhraya, yezzaaa! jammed lagi dan lagi dan lagi sehingga jumlahnya sebelas kali dari mula keluar vespa aku pada malam selasa


6.30 petang :
Isi minyak dan rehat di R&R Rawang, hingga ke next pit stop di R&R Tapah.

7.40 malam :
Aku perasan yang lampu aku tak menyala, kat area Ladang Bikam berhenti sekejap kemudian check, kami agak coil dalam dah blow, dan sebelum kami bertolak pun kemungkinan masalah besar pada magnet dan coil. Teruskan juga, sampai Tapah dan isi minyak, kemudian meneruskan perjalanan balik.

8.45 malam :
Sampai di Medan Selera Meru Raya, makan malam dengan deme sebelum berangkat pulang, nasi gorengnya kureng di sini, aku tak syorkan makan di sini, sori brader tokey kedai. Lepas makan call Mem suh suluhkan jalan dengan Kelisanya untuk aku sampai ke rumah. Penat dan tidoq la....


* Gambor ada satu jer, masa tu pun sangkut di highway masa balik, gambor peti vespa je pun aku hambik..kahkahkah!
* Amer VE ade tangkap gambor, masuk Facebooknya gambor Abang Pin, Abang Key El, dan mungkin aku dan vespa aku. (sipi - sipi kot)
*Kebiasaan untuk 'running in' kenderaan, tak boleh bawak laju - laju, dalam 60 ke 70 km/j sahaja, tapi aku bantai 120 - 130 km/j, mane tak jammed,full throttle mustilah jammed...hahaha!
*Ketika kawasan Acheh dilanda gempa dan kesan gegaran dirasai di Malaysia dalam jam 4.40 petang(lebih kurang), aku tak perasan langsung, mungkin sebab tengah bawak motor dan vespa aku ni pun boleh tahan gegornya.
Alhamudillah, selamat sampai dan pulang, secara keseluruhan amat puas hati dengan hasil kerja Abang Pin, dan reputasinya dalam dunia Vespa di Malaysia memang tak boleh disangkal lagi. Exzos kotak je aku guna, tak masuk mallossi aku lagi, kalau tak mau boleh pergi 140 - 150 km/j. Aku bukan jiwa kelajuan, tapi untuk join konvoi atau jambori, kelajuan amat penting bagi mengelakkan tertinggal di belakang makan asap 2T.

Lepas ni kita follow isu Bersih 3.0 pulak...28/04/2012 mari meriahkan Dataran Merdeka!



Selasa, 10 April 2012

DEmo....Demo?....Demo!!!!

"Wah, wah, wah, kemain mike, seghonok sangat ke pegi berdemo tuh? bape deme mbayo mike? Duk ghomah lagi elok le daghi gi bedemo tuh, buang mase dan tenage je!...."


Jawab aku, "Tak ngape awok minat gi berdemo, buang mase dan tenage awok, daghi awok minat gi ke danok ato ke betong, mcaghi betine, lagi burok kelaku, silap - silap balik mbawak penyakit,mintak simpang sior kome!, burok - burok awok, bior burok bdemo daghi burok mcaghi betine!"


"Ai, mike ngate teman ke?,sok elok buleh gi berdemo, nanti tak buleh gi pulok, bedamo teman kojekan..."


Jawab aku lagi, "Ate, mike mule dulu, awok idok ngusik pun mike, selame ni mike kesane idok pun awok campor, benci dalam hati jer, selemah - lemah iman awok..."


Kemudian, tersipu - sipulah malu le dia...

Malangnya insiden tersebut tidak ada adegan pergaduhan ala - ala filem tamil, sebalinya disudahi dengan bersalaman, dalam hati dia tak tau lah aku, aku takde simpan perasaan busuk apa - apa terhadap dia,siapa suruh dia cari pasal dulu dengan aku...hahaha


Berdemonstrasi, aku ambil dua petikan tentang pendapat mereka yang menentang dan menggalak budaya berdemo ini.



"Ia (demonstrasi jalanan) bukan budaya kita. Bagaimana anda hendak membentuk sebuah kerajaan dengan bertindak di jalan raya. Jika mereka (pembangkang) sendiri menggalakkan demonstrasi jalanan, macam mana pula mereka hendak mentadbir negeri."...Tun Dr Mahathir Mohamed.

"Terus jadikan budaya demonstrasi budaya kita"...Hishamuddin Rais.


Pada pandangan aku, berdemo ini adalah jalan terakhir 'last resort' sekiranya mana - mana pihak pemerintah yang tidak memperdulikan hak rakyatnya, dan bagi aku tak kiralah Barisan nasional ke, Pakatan Rakyat ke, selagi atas dasar politik melibatkan hak rakyat yang tidak diendahkan selagi itulah aku menyokong budaya berdemo ini.



Satu isu demo yang aku minat selain Bersih 3.0, ialah Demo Mansuhkan PTPTN, aku follow isu ini dengan penuh minat, kerana aku juga mengharapkan pendidikan percuma akan dapat dilaksanakan di Malaysia. Para politikus boleh bersilat lidah dengan isu ini, dengan menyatakan bahawa negara akan bangkrap, daya saing akan menurun dan merapu sebagainya. Sebagai bukti karut marut ahli - ahli politikus yang bodoh dan ingin terus membodohkan mahasiswa/siswi dan masyarakat, bagaimana hutang ahli perniagaan boleh dilangsaikan begitu sahaja...sila baca disini...Takkanlah hutang para pelajar tidak boleh dilangsaikan dan dimansuhkan skim PTPTN. Itu belum campur salahguna wang rakyat untuk menyambut pertunangan dan harijadi lagi. Banyak kepincangan yang terang - terangan boleh dilihat, tapi masih boleh menebal muka bersilat lidah menegakkan benang yang basah.

Aku lihat ramai kawan - kawan aku yang mempunyai kelulusan dan tidak memilih kerja terpaksa membayar hutang PTPTN. Gaji kecil, tahap SPM, bayar hutang Diploma dan Ijazah, kalau tak kerja hutang tetap kena bayar, kalau nak cari kerja yang setimpal dengan kelulusan, agak payah, nanti pak menteri kata memilih kerja la, apa la. Rasionalnya disini, kalau la tiada kerja yang setimpal dengan kelulusan akibat faktor ekonomi (baca : kata Pak Menteri) sekurang - kurangnya jika pendidikan percuma diberikan, tiada hutang perlu dibayar oleh mereka. Persoalan bodoh, "kalau free senang la, aku pun nak sambung belajar, lepas tu dapat jadi pegawai, siapa nak jadi kuli?"...Free memang free bhai, tapi lu boleh score ke, lu ingat UPSR, kalau majoriti dapat 79%, markah tu jadi A+. Standard Universiti mestilah dijaga walaupun percuma bhai!

Bagi aku ini bukan isu politik mainan Pakatan Rakyat, ini adalah disebabkan kesedaran rakyat itu sendiri terutama Mahasiswa/siswi, isu ini diangkat oleh ahli politik pembangkang untuk memudahkan menawan Putrajaya, ini adalah realpolitik. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah bagi menyediakan pendidikan percuma kepada rakyatnya tidak kira siapa pemerintah tersebut, jadi kepada kengkawan aku yang berhutang dengan PTPTN, turunlah beramai - ramai sabagai tanda setiakawan dan sokongan untuk mansuhkan skim lintah darat berlesen ini.

ABU weh! ABU!







Sabtu, 7 April 2012

Bersih? Apa Da Bersih....Chait!


Unggun Bersih
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.


24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
Aku sokong bersih!...Jangan marah ek....hahaha